Bimbang Perang Kabilah Tercetus; Permaya Minta Bantuan Wisma Putra

1089

Sana’a, YAMAN – Walaupun gencatan senjata telah dipersetuju dan serangan dari Pakatan Arab Saudi secara rasminya dihentikan, namun masih terdapat pertempuran yang berlaku dibeberapa wilayah di sini.

Menurut wakil KAMI, Solahuddin al-Idrusi, kenyataan terbaru Ketua Kesatuan Ulama Yaman, Sheikh Abdul Majid al-Zindani boleh mencetuskan perang antara kabilah dengan militan Houthi.

“Sheikh al-Zindani menyeru penduduk Yaman untuk menyokong pihak berkuasa yang sah di negara ini, yang sedang berperang dengan Houthi,

IMG-20150424-WA0052“ini bermakna ‘fatwa’ Sheikh al-Zindani membawa kesan seruan kepada ‘jihad’ memerangi syiah Houthi,”ujar beliau ketika dihubungi.

Sehubungan itu beliau berkata, Exco Lujnah Perhubungan dan Tugas-tugas Khas Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya), Abdul Hakim bin Wahab telah menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Yaman.

Duta Malaysia yang telah menutup operasi kedutaan pada bulan yang lalu, kini sedang berada di bandar Hadramaut, bagi menguruskan lebih serratus orang pelajar yang masih berada di sana.

[Gambar kanan dan atas; para penduduk Sana’a beratur panjang cuba untuk mendapatkan bekalan gas yang semakin meruncing, selain lain-lain bekalan keperluan utama yang semakin berkurangan]

Beliau berkata, Permaya telah merayu agar pihak kedutaan dan Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) mengambil inisiatif membawa pulang semua pelajar yang masih berbaki di Sana’a.

“Kami telah dan sedang berhubung dengan pihak kedutaan melalui telefon dari semasa ke semasa.

“Keadaan di Aden makin bertambah buruk dan yang terkini semua talian komunikasi ditutup oleh militan Syiah Houthi di Aden dan kemungkinan perkara ini akan berlanjutan ke Sana’a dan tempat-tempat lain,”ujar Hakim ketika ditemui.

Sementara itu, pihak Universiti Sains Dan Teknologi Yaman memutuskan, para pelajar yang telah pulang ke tanah air boleh menjalani peperiksaan mereka di Malaysia, manakala pelajar yang masih tinggal di Sana’a boleh memilih samada pulang atau kekal belajar di Yaman.

IMG-20150423-WA0017Namun begitu menurut Dekan Fakulti Sumber Manusia Abdul Ghani Mohd Ismail Amrani, keputusan tersebut bergantung pada keadaan ‘tunggu dan lihat’ sehingga hari Sabtu ini.

“secara umumnya kami (masih) berada di Universiti dan bagi pelajar yang tiada di Yaman (pulang ke tanah air), kami akan berhubung dengan mereka dan in sha Allah mereka boleh menduduki peperiksaan di Malaysia,

“bagi siapa yang masih (tinggal) di Yaman boleh meneruskan peperiksaan seperti biasa dan bagi sesiapa yang tidak mampu untuk melakukan kedua-duanya, kita (masih) akan (boleh) berjumpa sesi hadapan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dikunjungi oleh wakil dari Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) di sini, pada Khamis 23 April.

Keseluruhannya, kata beliau, peperangan telah dihentikan akan tetapi masih ada lagi beberapa kawasan yang masih berlaku pertempuran.

Beliau menyerahkan kepada Allah apa yang kan berlaku kepada Yaman pada masa akan datang.

“buat masa sekarang disana ada juga tempat-tempat yang masih berperang dan Allah tahu perkara yang akan datang……..segalanya kita serah kepadanya,”jelas beliau.

Oleh itu, pihak Permaya mengharapkan agar para pelajar yang masih tinggal di ibu negara Yaman itu memberi kerjasama kerana Persatuan.

“pihak kami telah beberapa kali membuat perjumpaan dengan pihak Universiti dan mereka memberi jaminan, pelajar yang pulang dapat meneruskan peperiksaan di tanah air,

“dan meneruskan pengajian apabila kembali semula ke Yaman, sekiranya keadaan mengizinkan,”tambah Hakim.

https://youtu.be/-M4u9WU42bI