“Rakyat Syria sudah melalui revolusi dan apabila pertumpahan darah berhenti, mereka mempunyai parlimen dan bebas memilih kerajaan sendiri.
“Biar rakyat juga yang menentukan apa yang patut dilakukan kepada orang-orang yang melakukan jenayah jenayah terhadap mereka, biar rakyat Syria sendiri yang tentukan,” kata beliau dipetik CNN semalam.
Bashar yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak 22 bulan lalu, berusaha menghancurkan protes antikerajaan, yang tercetus sejak tahun 2011.
Bashar dalam ucapannya semalam sebaliknya menegaskan tidak akan membenarkan unsur-unsur keganasan dan menggariskan empat langkah untuk menyelesaikan krisis Syria.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan sekurang-kurangnya 60,000 telah terbunuh.
Sehubungan itu Mohamed berkata, Mesir akan cuba mendapatkan sokongan dunia Arab dan antarabngsa untuk menggantikan Bashar.
“Fasa ini adalah fasa rakyat dan seperti yang rakyat Mesir mahu, itu jugalah yang rakyat Syria mahukan. Kita juga sentiasa menyokong rakyat Syria dan mereka mempunyai semangat untuk menang,” ujarnya.



























