KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap, rakyat menjadi keutamaan kepada semua keputusan kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti serta alim ulamak, menyatakan sikap tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Beliau turut menyeru rakyat memantau setiap ahli parlimen dalam membuat keputusan terhadap perjanjian perdagangan itu.
“mana-mana ahli parlimen yang menyokong TPPA……kita (rakyat) akan turunkan merekan daripada menjadi ahli parlimen pada pilihanraya akan datang,
“kita peringatkan mereka (agar) maruah negara jangan digadaikan demi kepentingan masa depan anak bangsa,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Aman Bantah TPPA yang diadakan di Padang Merbuk, semalam 23 Januari.
Katanya, semua rakyat mesti bersatu, tanpa mengira parti politik untuk mempertahan Malaysia daripada penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar dunia.
“kita mesti bersatu……himpunan kita (menolak TPPA) seatutnya mejadi himpunan tanpa mengira parti politik, tanpa mengira warna kulit, tanpa mengira agama,
“kerana masa depan negara merupakan masa depan generasi kita akan datang……..isu besar yangmelibatkan TPPA ini bukan semata-mata melibatkan perdagangan,
“tetapi soal akidah…..soal budaya……soal maruah,mesti dipelihara,”jelasnya.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok hari ini sebagai hari bersedih meratapi negara kita.
Menurutnya, rakyat dianiayai oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila menandatangani TPPA kerana menjadikan negara ini berada di ambang kemusnahan.
Ini, katanya kerana dengan menandatangani TPPA membawa kemusnahan kepada masa depan ekonomi negara.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar dan semua pihak yang berhimpun pada hari ini yang terdiri daripada individu, NGO dan parti politik.
Beliau mengucapkan terima kasih anak-anak muda yang hadir pada himpunan aman itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengucapkan terima kasih kepada golongan tua selaku orang lama yang datang untuk mengajar anak-anak musa memahami politik negara.
Katanya, jika kerajaan berkeras tidak menandatangani TPPA walaupun Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang lima kali ke negara ini, tiada sekatan ekonomi kepada Malaysia.
“Kalau kerajaan tandatangani, kita diikat diri kita dengan Amerika.
“Adakah tuan-tuan yakin Amerika beri perlindungan kepada kita Malaysia,” tanya beliau yang dijawab spontan ‘tidak’ oleh para hadirin.
Katanya, dengan menandatangani TPPA, negara akan mengikut ke mana Amerika pergi.










