Terengganu, Malaysia

Bersabarlah para pejuang, rakyat bersama kamu!

demonstran bukit handan

Dewan Pemuda PAS rasa terkejut dengan keputusan hakim menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan dendea RM5,000 keatas setiap orang dari 13 peserta yang terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Namun begitu, menurut Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Muhamad Suhaimi Abd Aziz, keputusan tersebut tidak sedikit pun mengubah pengiktirafan rakyat terhadap mereka yang menjadi wira menegakkan kebenaran.

“(walaupun) merasa terkejut dengan keputusan mahkamah, walau bagaimana pun, DPPWP dan rakyat seluruhnya tetap menganggap mereka ini adalah wira yang berjuang menegakkan kebenaran di negara ini.

“Meskipun peristiwa tersebut berlangsung lebih 4 tahun yang lalu, namun mereka berjaya melakar sejarah dalam demokrasi negara dan membuka mata dunia bahawa di Malaysia telah tercatat rekod apabila sebuah kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat dirampas atau dikudeta secara zalim,”tegasnya.

Katanya, rakyat pastinya tidak akan melupakan bagaimana kejadian itu berlaku satu persatu apabila kerajaan sah pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas manakala Speaker yang dilantik oleh kerajaan negeri ditendang keluar dan dikurung oleh samseng upahan.

Belau berkata, seluruh akyat pastinya tidak akan dapat melupakan bagaimana kejadian demi kejadian, berlaku satu persatu apabila akhirya kerajaan sah pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas, manakala Speaker yang dilantik oleh kerajaan negeri ditendang keluar dan dikurung oleh samseng upahan.

“Kerajaan Perak dalam sekelip mata bertukar tangan ibarat menukar pakaian sedangkan mereka yang berusaha mempertahankannya bermnadi air mata, peluh dan darah.

“Sebahagian rakyat yang melihat perkara ini bangkit bangkit mempertahankan hak kerajaan mereka yang dirampas, namun malangnya, mereka pula dipenjara dan dijatuhkan hukuman sedemikian rupa,”jelasnya.

Namun begitu, DPPWP merasa hairan bagaimana mereka pula dipenjara sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Jenayah mereka hanya mempertahankan kebenaran yang dinafikan sebaliknya pihak yang melanggar demokrasi dibiarkan bebas mentadbir negeri.

Juseru, DPPWP berharap agar semua keluarga yang terlibat tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT ini.

“Perjuangan mereka telah membuka mata dan hati rakyat seluruhnya bahawa perjuangan kebenaran memerlukan pengorbanan dan pengorbanan membuka jalan kemenangan mutlak kelak.

“Insyaallah DPPWP akan berusaha bagi membantu sedaya yang mampu bagi meringankan beban keluarga mangsa,”ujar Suhaimi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan