Berpuluh-puluh orang dari kalangan minoriti Islam Rohingya Myanmar telah ditangkap, dianiaya dan diseksa kerana dikatakan ada hubungan dengan organisasi militan.
Menurut sebuah kumpulan hak asasi, ‘Projek Arakan’ yang berpangkalan di Thailand telah mendokumenkan kezaliman yang telah dilakukan terhadap Rohingya.
Menurut kumulan itu, seorang lelaki telah diseksa hingga mati di barat Myanmar, berhampiran sempadan dengan Bangladesh.
Pihak berkuasa telah menangkap sekurang-kurangnya 58 orang dalam dua minggu lepas daripada beberapa kampung di utara negeri Rakhine, menurut angka yang disusun oleh Projek Arakan
Isteri kepada warga Rohingya yang meninggal dunia itu dipaksa untuk menandatangani satu kenyataan bahawa suaminya meninggal dunia akibat sebab-sebab semula jadi.
Baru-baru ini antara mereka turut ditangkap dan dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Perpaduan Rohingya, atau RSO.
Chris lewa, pengasas Projek Arakan, memberitahu pada Jumaat lalu, tangkapan adalah “sewenang-wenangnya” dan “jelas reaksi kepada pengumuman al-Qaeda pada awal September.”
Beliau menambah bahawa orang-orang ditahan di pusat pemeriksaan atau dari kampung mereka oleh ahli-ahli Pengawal Polis Sempadan, sebuah organisasi yang kerap menuduh Rohingya berhubung pencabulan hak asasi manusia.
RSO yang dipercayai telah ditubuhkan pada tahun 1990-an selepas tentera Myanmar menuduh ratusan ribu Rohingya di negara itu tinggal secara haram.
Pada awal tahun ini Khin Maung Myint, ketua hubungan luar untuk Parti Demokratik pro-Rohingya, mendakwa “yang RSO tidak wujud selama 20 tahun.”
Beliau berkata, cerita mengenai pergerakan RSO di rantau ini telah membawa kepada teori-teori konspirasi dan mempersoalkan sama ada kewujudan kumpulan itu adalah dbawah tabir kerajaan.
Tahun lepas, gambar diedarkan di laman web pelampau Buddha dikatakan bahawa pemberontak bersenjata di Myanmar bersedia untuk membalas dendam serangan terhadap Rohingya.
Rohingya telah dianiaya di Myanmar selama beberapa dekad tetapi nasib mereka telah mendapat perhatian antarabangsa yang luas sejak bekas negara yang diperintah tentera mulakan reformasi demokratik pada tahun 2011.
Walaupun beratus-ratus tahanan politik telah dibebaskan, penapisan telah dilonggarkan dan pembaharuan ekonomi yang dibawa, penderitaan Rohingya’telah dipergiatkan.
Pada tahun 2012, perusuh pelampau Buddha menyerang perkampungan Rohingya diRakhine ini ibu negeri Sittwe.
Rusuhan awal membunuh sehingga 140 dan memaksa puluhan ribu pelarian Rohingya ke kem yang sangat kotor.