Berpolitik Untuk Mati

182

KUALA TERENGGANU – Perjuangan dan penglibatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di dalam politik adalah sebagai bekalan untuk dibawa sewaktu mengadap Allah setelah mati nanti.

Oleh itu, Naib Presidennya Ustaz Idris Ahmad menegaskan, walaupun PAS sebagai salah sebuah parti komponen pemerintahan Perikatan Nasional (PN), ia tidak pernah duduk diam apabila isu-isu menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Kita semua akan mati, sebab itu, Allah kata, ‘Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, setakat kemampuan kamu ‘, maka kita buat apa yang kita mampu, kita tidak reda apa yang berlaku,” jelasnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata demikian dalam ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina & Resort di sini, semalam.

Katanya, setiap tindakan yang hendak dilakukan oleh beliau dan anggota kebinet daripada PAS, sentiasa dirujuk dan meminta pandangan Presiden dan Mursyidul Am.

” Insya Allah kita sentiasa menegur, benda yang tidak betul kita tegur tapi tegur cara berkerajaan, kita tidak pernah duduk diam, bab judi, sewaktu saya jadi Senator di Dewan Negara, saya bangkit, membantah,”

“bab arak Timah baru-baru ni, kitab awa dan bincang dalam mesyuarat kabinet,” tambahnya.