Bergelar Pelajar Bukan Penghalang Sertai Jabatan Amal

114

KEMAMAN – Walau masih ‘duduk di bangku sekolah’ tidak menjadi penghalang kepada Muhammad Abdul Mukmin Zamri menyertai Jabatan Amal Malaysia yang diminatinya dengan penuh perasaan bangga.

Menurutnya, beliau menyertai badan beruniform PAS itu bermula tahun 2019 dan berpeluang menyertai pelbagai misi kebajikan, seperti membantu mangsa banjir serta gotong royong.

“Dalam masa yang sama saya tidak mengabaikan pelajaran, sebaliknya tetap memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran dengan sepenuhnya.

“Selalu terdetik di hati saya alangkah bagusnya jika ayah masih ada, pasti dia gembira melihat anaknya ini suka menolong orang, ayah saya telah pergi (meninggal dunia) apabila terlibat dalam kemalangan pada tahun 2018,” katanya ketika ditemui pada Isnin, 4 Oktober.

Mukmin menambah, arwah ayahnya banyak menitipkan nasihat agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Di antara ungkapan ayah yang selalu saya ingat ialah ‘biar kita tak kaya atau tak pandai, namun perlu sentiasa menjadi seorang mukmin yang suka membantu dan baik budi pekerti’ ,” ujarnya.

Kata beliau, menjadi impian hidupnya untuk membanggakan keluarga, ibu dan adik beradik dengan pencapaian dan kejayaan yang dikecapii