“Berbaloi Beri Undi Kepada PAS”

208
Hasbullah, paling kiri

DUNGUN – Itulah kata-kata yang terbit daripada nurani pemuda, seorang diantara 374 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) ‘ByPass’ Batu Tiong.

Hasbullah Hassan, 31, berkata tidak rugi mengundi parti yang berlambang bulan itu kerana kebajikan orang muda sentiasa terjaga.

“Saya pun tidak menyangka dapat mengundi untuk lot yang saya pohon pada 2018 yang lalu,

“PAS tetap jadi pilihannya bukan semata-mata kerana layanan yang baik kepada orang muda sepertinya tetapi kerana parti itu juga menegakkan Islam di laksanakan,” jelas ayah kepada seorang anak itu.


Beliau berkata demikian ditemui selepas Majlis Undi Lot RTB ByPass Batu Tiong di Dewan Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini semalam.

Wakil rakyat, YB Cikgu Alias Harun ketika berucap di majlis yang sama berkata, mereka akan menerima Borang 1A yang menandakan terpilih untuk mengundi lot dan bakal memiliki tanah.

“Untuk Borang 1A ini, tuan puan diminta menyertai salinan kad pengenalan suami isteri, kalau sudah berkahwin, ini adalah untuk memastikan hanya salah seorang yang memiliki tanah supaya seramai mungkin orang yang dapat tanah,” katanya.