Berakhirnya Suatu Penantian

1253

Firman Alllah yang bermaksud;

IMG_20151225_221059“Setiap diri akan merasai kematian (dan) Apabila datang ajal mereka,mereka tak mampu utk mengurangkan dan memperawalkan walaupun satu saat”

PAS Kawasan Setiu merakamkan ucapan takziah kepada selutuh ahli keluarga mangsa lemas di pantai Rhu 10, Al- marhum Mohd Naim Adnan dan Mohd Wafiq bin Mohd Noor dengan iringan doa agar kedua duanya dicucuri rahmat Allah jua dan dihimpunkan bersama para mursalin, syuhada, siddiqin dan solehin.

Didoakan juga agar seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah yg memilukan ini.

IMG_20151225_221533PAS kawasan Setiu juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan operasi ini khususnya kepada komander Jabatan Amal Setiu, Ketua Operasi Ops Ombak, Fahmi Izzuddin dan seluruh ahli unit amal yang bertungkus lumus dalam mengerakkan operasi ini.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli pengendali ‘jetski’ selian unit amal Setiu, semua ‘diver’ dan peluncur, yang turut membantu tanpa rasa penat dan lelah.

IMG_20151225_221642Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh agensi kerajaan yang terlibat di atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami untuk turut sama terlibat dan membantu operasi ini.

Semoga hubungan ini dapat diteruskan pada masa masa akan datang.

Akhir kata, saya mewakili seluruh kepimpinan pas di semua peringkat Kawasan Setiu memohon kemaafan di atas kekurangan dan kesilapan tuturbicara atau tindakan sepanjang operasi ini.

IMG_20151225_221750Semoga segala usaha kita, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita diganjari Allah jua.

Sekian

“BERAMAL KERANA ALLAH”

Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir
YDP PAS Setiu
13 Rabiul Awal,1436/ 25 Dis 2015