BEKAS KETUA CAWANGAN MASUK PAS

1160

Mat Din bin Desa,72, dari Kampung Tengah Temerlok, DUN Terong dekat sini telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO bersama-sama empat orang lagi bekas Pengerusi JKKK.

Beliau yang ditemui di Markaz PAS Air Kuning hari ini berkata, semua janji-janji pemimpin UMNO adalah tidak benar.

“depa suma berbohong, janji-janji suma tipu, tak da pa” kata beliau yang telah bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Haji Mustafa  Ali.

Dengan kemasukan beliau dan kawan-kawannya telah memecahkan majoriti pengundi dari memihak kepada BN, kini  beralih menyebelahi PAS

Selain Mat Din, Abdul Rahman, 60, dari kampung sama turut keluar dari UMNO dan kini sedang bekerja keras memberi penerangan kepada pengundi setempat tentang perjuangan PAS dan keburukan UMNO dan kepimpinannya.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Man berkata beliau sudah insaf dan kini mahu berjuang bersama-sama PAS menegakkan Islam.