DUNGUN – “saya akan pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, pada 24hb November ini, untuk buat rawatan ‘kemoterapi’,
“doakan supaya saya selamat,”ujar Puan Normala Harun, 38, yang disahkan menghidap kanser payudara, tidak berapa lama dulu.
Beliau yang sebelum ini, bekerja sebagai seorang guru di KAFA Kampung Padang Pulut, tidak lagi dapat meneruskan khidmatnya.
Normala [Gambar bawah, ditengah-tengah] yang mempunyai enam orang anak berkata demikian ketika dikunjungi oleh Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, isteri Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli
Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin diseru menghulurkan sumbangan agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Normala sekeluarga.


“Hanya sumbangan yang sekadar termampu kami hulurkan dalam kami sangat-sangat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin berkongsi bersama penderitaan mereka dengan menghulurkan sumbangan,”ujar Puan Hajjah Siti Zaliha.
Lebih menyedihkan, katanya, Puan Normala masih dalam pantang dan anak kecilnya baru berusia dua bulan.
Malangnya, akibat penyakit yang dihidapinya itu, beliau tidak mampu untuk menyusukan bayinya.
“anak kecil itu terpaksa ‘ditumpangkan’ untuk menyusu dengan adik beliau, yang juga mempunyai seorang bayi berusia setahun……..sepanjang beliau menerima rawatan nanti bayinya akan jaga oleh adiknya itu,”ujarnya lagi.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus melalui akaun Puan Normala; 1120029000268447 (Bank Simpanan Nasional – BSN) Normala bt Harun.
Turut sama menziarahi Puan Normala adalah Puan Hajjah Rugayah Mahmud isteri ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun serta Skuad Prihatin Kebajikan Muslimat DUN Rantau Abang.



























