Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Doakan Kemenangan Calon PAS

1348

SUNGAI BESAR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan mantan Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir berharap penngundi di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil, mengundi calon PAS.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu berkata, ia satu kesempatan kepada rakyat untuk menghantar mesej kemarahan rakyat.

“Jadi, saya benar-benar berdoa dan berharap supaya rakyat dapat pilih Dr. Rani jadi ahli parlimen dekat sini dan jugak Dr. Najihah jadi wakil rakyat kita di Kuala Kangsar.

20160608_225817“Ini akan menghantar satu mesej yang cukup jelas kepada kerajaan bahawa rakyat marah, rakyat luarbandar marah, rakyat melayu marah, rakyat Islam marah, depa nak kerajaan balik ke pangkal jalan,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kempen pilihan raya kecil Sungai Besar di sini pada Rabu.

Katanya, rakyat marah kerana segala-gala harga barangan mendadak dengan tinggi, yang menyusahkan hidup rakyat.

“harga barang naik, segala-gala benda naik gila-gila tak terfikir, dalam sekelip mata saja tak berapa tahun, harga rumah dari RM100 ribu menjadi RM400 ribu,

“segala-galanya mahal, harga ikan naik, harga daging naik,semua naik, sayur naik semua naik, naik merata-rata. Saya sendiri tak faham macamana boleh naik begitu mendadak teruk”kata beliau kesal.

Menurutnya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melencong dan tersesat dari perjuangan pemimpin terdahulu, yang menjaga amanah dan kekayaan negara.

“rakyat sekarang hidup cukup-cukup tertekan hidup dia ni, tapi siapa nak membela dia? Kerajaan nak membela dia? Dok sibuk dengan masalah dia, berbagai-bagai masalah dia,

20160609_125251_6“Siapa nak fikir sungguh-sungguh mengenai harga getah yang dah merudum bukan lima, enam bulan, (tetapi) dah dekat 2 tahun lebih dah,

“Harga padi macamana nak tanam lima kali musim dalam dua tahun, macamana nak meningkatkan produktiviti, macamana nak lari daripada segala along-along ni,

“Semua benda-benda masalah marhaen ni, tiada siapa memikirkannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan kita rakyat dah beri amanah dekat dia,”ujar beliau panjang lebar.

Oleh itu beliau benar-benar berharap calon-calon PAS menang dalam dua pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.

“saya doakan sangat-sangat supaya calon-calon PAS dapat kemenangan untuk menjalankan tugas dengan bertanggungjawab penuh amanah untuk bangsa, agama, negara,

“Tak siapa jatuh kalau orang PAS menang sebab dengan dasar Politik Matang dan Sejahtera ini, ianya akan membawa kebaikan kepada bangsa, agama, negara dan sebagai,”tambahnya.

https://youtu.be/ViuNDGWbYUg