KUALA TERENGGANU – Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) kesal dengan tindakan Menteri Bersar Teregganu Encik Razif Abdul Rahman memperalatkan kalangan rakyat Terengganu yang menghadapi kesusahan hidup, demi untuk menunjukkan ‘taat setianya’ kepada Perdana Menteri.
Presidennya Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, dalam keadaan negeri Terengganu menghadapi masalah kewangan ekoran penguncupan bajet, Razif sewenang-wenangnya membazirkan dana rakyat untuk kelangsungan politik beliau


“(kerana) bimbang juga jika ramai yang keluar majlis setelah tandatangan kehadiran. Ini menunjukkan bahawa memang rakyat rata-ratanya sudah menolak kedua-dua pemimpin tersebut,”ujarnya dalam satu kenyataan.
Kata beliau, sebagaimana seluruh rakyat tahu, Encik Razif baru sahaja ditarikbalik gelaran Dato’ Seri. (Gambar – lokasi himpunan bersama Najib dilaporkan dibadai ribut, semalam)


“Nampaknya Najib seumpama menuntut balas jasanya menyelamatkan karier politik Razif. Bak kata pepatah inggeris, ‘I scratch your back, you scratch my back’
“Sampai begitu sekali ‘desperate’ (terdesak)nya Najib, Razif dan Umno BN,”tegas beliau.




























