Bebaskan 40,000 tahanan ‘Politik’ di penjara Bangladesh

1092

KUALA TERENGGANU – PAS saran pemimpin dan rakyat negara-negara umat Islam di seluruh dunia mendesak kerajaan Bangladesh membebaskan puluhan ribu tahanan terdiri dari tokoh-tokoh Jamaat-e-Islami dan aktivis Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Ustaz Riduan Mohd Nor berkata Sheikh Hasina selagu Perdana Menteri mesti membebaskan 40,000 ‘tahanan politik’ yang dikurung di penjara negara itu.

Menurutnya negara-negara umat Islam wajar mendesak Bangladesh dari trus menzalimi tahanan serta kaum keluarga mereka.

“Kita mendapat maklumat, lebih teruk lagi sebanyak 40,000 berada dalam penjara (Bangladesh).

“As-Syahid Abdul Qadir Mullah dikenakan pertuduhan palsu dan masih ramai lagi tokoh-tokoh Jamaat-e-Islami, aktivis Islam dan NGO Islam yang akan dihukum sampai mati.

“Sebab itu, hari ini dunia (Negara umat Islam) wajib mendesak Bangladesh, Sheikh Hasina (Perdana Menteri) untuk membebaskan seluruh tahanan politik seramai 40,000 orang,” tegasnya di hadapan lebih 500 orang hadirin.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Aman Solidariti Pemuda PAS Terengganu bersama umat Islam di perkarangan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, 20 Disember lalu.

Hadir sama pada perhimpuan tersebut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua.

Dr Riduan yang juga mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia menegaskan sempadan umat Islam adalah aqidah dan bukannya geografi, bangsa serta tanahair.

Justeru, kata beliau, segala masalah dan kesusahan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia menjadi kewajipan membantunya.

Menurutnya, Jamaat-e-Islami ditubuhkan pada tahun 1941, Ikhwanul Muslimin (1928), Hizbul Muslimin ‘bapa’ kepada PAS tubuh tahun 1948 dan Parti Masyumi ditubuhkan di Indonesia oleh Dr Mohammad Natsir yang seangkatan dengan PAS.

Manakala, kata beliau, Jamaat-e-Islami Pakistan pula pengasasnya almahrum Al-Maulana al-Maududi juga di penjarakan ketika itu di Pakistan.

As-Syahid Abdul Qadir Mullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh yang juga pemimpin gerakan Islam seperti PAS di Malaysia, Jamaat-e-Islami di Pakistan, Hamas di Palestin, Ikhwanul Muslimin di Mesir dan banyak lagi.

TAMAT

CAPTION GAMBAR INI:

Kam2918(a)-desak1… AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor…PAS gesa dunia desak Bangladesh bebas puluhan ribu tahanan politiknya.

Kam2918(b)-desak2… “SEMANGAT”… AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berucap pada Perhimpunan Aman Solidariti Pemuda PAS Terengganu bersama umat Islam di perkarangan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, 20 Disember lalu.

Kam2918(c)-desak3… Sebahagian dari slogan mengutuk kerajaan Bangladesh di bawah pimpinan Sheikh Hasina yang mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada as-Syahid Abdul Qadir Mullah.

Kam2918(d)-desak4… Sebahagian dari lebih 500 orang menyertai himpunan aman tersebut.

Kam2918(e)-desak5… Sebahagian dari lebih 500 orang menyertai himpunan aman tersebut.

Kam2918(f)-desak6… Orang ramai mempamerkan slogan mengutuk kerajaan Bangladesh di bawah pimpinan Sheikh Hasina yang mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada as-Syahid Abdul Qadir Mullah.

Kam2918(g)-desak7… Peserta demo aman mengaminkan doa yang dibaca Ketua Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

h