KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak bercakap benar apabila MB berkata dalam sidang DUN awal Disember lalu, bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang aktiviti perlombongan bauksit.


“kerajaan mempunyai kuasa samada untuk meluluskan atau tidak memberi kebenarann ke atas apa-apa aktiviti di atas tanah yang digunakan sebagai stok simpanan (stock pile),
“sekiranya berlaku pelanggaran syarat kerjaan negeri boleh bertindak dengn pantas dan saya mencadngkan agar kerajaan menyita kawasan terbabit,”ujarnya.
Menurut beliau, yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, beliau telah mengadakan lawatan ke tapak terbabit sebaik mendapat pengesahan dari pihak berkuasa tempatan berkenaan perkara tersebut.
Oleh itu, beliau menggesa kerajaan negeri, dengan kuasa-kuasa yang ada menghentikan semua aktiviti memunggah ekspot galian bauksit tersebut.


“menggunakan laluan umum untuk ke tiga lokasi di Teluk Kalong, tempat simpanan stok tersebut,”tegasnya.
Beliau berkata premis yang digunakan sebagai tempat simpnanan itu terletak di kawasan perindustrian Teluk Kalong, kira-kira 800 meter dari pelabuhan Kemaman.
Katanya, beliau difahamkan, semua aktiviti, samada diatas tanah kerajaan atau swasta mestilah mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kemaman terlebih dahulu.
Hanafiah turut menjemput Razif untuk datang sendiri ke bandar Chukai dan kawasan yang dimaksudkan bagi meninjau dan melihat sendiri aktiviti yang ssedang berlaku.


“Razif tidak perlu membuat pemakluman dengan mana-mana Jabatan atau agensi dan saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya, agar masalah yang dihadapi rakyat dapat di selesaikan,”tambah beliau.




























