Terengganu, Malaysia

Batalkan Kelulusan ‘Oktober Fest’!

pix_gal1

ILMAM Malaysia membantah sekeras-kerasnya kelulusan yang telah diberikan kepada pihak penganjur program OKTOBER FEST CARLSBERG MALAYSIA yang terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Dengan tidak menafikan hak warganagera non Muslim untuk berhibur, hakikatnya program yang mempromosikan arak ini secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tindakan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia yang beragama Islam,

“kerana sedang menyambut salah satu daripada hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Secara moralnya juga tiada mana-mana agama yang menggalakkan penganutnya minum arak apatah lagi dalam pesta secara besar-besaran,”menurut Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Syed Abdul Kadir Aljoofre

ILMAM dalam kenyataannya menegaskan, meskipun Islam tidak melarang non Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hukum asal keterbukaan non muslim dalam meminum arak mestilah arak hanya dijual kepada non Muslim sahaja dan tempat jualan bukan di kawasan majoriti penduduk Muslim, serta jualan dan minuman tidak dilakukan secara terbuka

“Pihak ILMAM Malaysia yakin dengan tempoh penganjurannya yang panjang ini pastinya ia akan membawa kepada keruntuhan moral dan rosaknya jatidiri para belia.

“Perkara ini pasti bertentangan dengan agenda yang telah dirangka oleh pihak kerajaan yang sedang berusaha untuk membina generasi muda yang bermaruah,”menurut Syed Abdul Kadir dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam 6 Oktober

Justeru, ILMAM Malaysia menggesa semua pihak yang berkaitan dengan kelulusan pesta ini agar membatalkannya serta-merta dengan mengambil kira perkara-perkara yang telah dinyatakan ini.

“Ambillah peringatan tentang ancaman yang telah disebutkan Allah dalam firmannya: “Dan jagalah diri kamu daripada (melakukan) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.” Surah al-Anfal : 25.”kata Syed sebagaimana peringatan yang dijelaskan dalam kenyataan tersebut

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan