KUALATERENGGANU – Pembatalan kedua-dua tahaluf siyasi dengan bekas rakan politik PAS, dilakukan berlandaskan susunan organisasi dan diputuskan melalui proses yang tepat.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Azman Ibrahim berkata, pada tahun 2015, PAS membatalkan tahaluf dengan DAP melalui usul dari Cawangan ke Kawasan.
Katanya, ia kemudian diangkat ke Muktamar sebelum di sahkan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).
“Begitu juga tahaluf dengan PKR dibatalkan PAS pada tahun 2017 melalui cara yang sama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS.
Tegasnya, selepas pembatalan tahaluf dengan kedua-dua parti itu, PAS tiada sebarang hubuhgan dan tiada sebarang usul atau perbincangan dibuat untuk menyambung semula tahaluf.
Manakala dengan dengan Parti Bersatu, beliau PAS tak pernah mengikat sebarang ikatan rasmi.
“Adalah sekejap kita pernah berkawan di jalanan. Sekadar kawan saja. Tak pernah ada komitmen janji setia.
“Jadi tak timbul isu kita putus dengan Bersatu kerana kita memang tak pernah ada ikatan,” katanya.
Katanya, PAS tak bernah hadir sebarang majlis dan mesyuarat yang ada kaitan dengan PH.
“Kita tak pernah terhegeh-hegeh. Pinggan tak retak nasi tak dingin! PH tak ada dalam kamus perjuangan PAS.
“Yang hadir dalam program PH ialah individu dalam PAS yang suka makan nasi dingin guna pinggan retak.
“Elok-elok di rumah sendiri ada nasi hangat dalam pinggan Corelle, nasi dingin dalam pinggan retak juga yang dicari!,” beliau.





























