Bapa Pelajar Kolej Ranaco Yang Lemas Ucap Terima Kasih Kepada PAS

2545

KEMAMAN – Seorang pelajar Kolej Pendidikan dan Latihan Ranaco yang lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi, dijumpai pada petang hari ini kira-kira jam 4.40 petang.

IMG-20151207-WA0069Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat mayat mangsa ditemui di pantai pusat pelancongan Strawberry Park, kira-kira 700 meter dari Pantai Penunjuk, lokasi beliau hilang pada Sabtu petang, 5 Disember.

“Saya bersama-sama mengikuti rombongan mencari dan menyelamat dan mayat mangsa dijumpai di tepi batu pantai ‘strawberry park’ kira-kira jam 4.40 petang setelah 2 hari usaha dilakukan,

“Keluarga mangsa berasal dari Johor yang sampai ke Kijal jam 1 pagi kelmarin turut bersama,”ujarnya, sejurus mangsa ditemui.

Kata Hanafiah, beliau mendapat maklumat sekitar jam 10 malam Sabtu, ketika menyampaikan ceramah penerangan di Kerteh dan terus memberhentikan ceramah, serta merta menuju ke pantai Kijal.

IMG_20151207_224726Dalam kejadian 6.45 petang itu, Mohd Saufi Mukset, 19, dari Kota Tinggi, Johor bersama lima rakan sekelas dikatakan pergi ke pantai berkenaan bagi menghabiskan cuti hujung minggu.

Ketika kejadian, kesemua mereka merupakan pelajar semester dua Jurusan Keselamatan Kesihatan di kolej berkenaan, dikatakan mandi berdekatan sebuah batu besar tidak jauh dari pantai berkenaan.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan untuk naik ke pantai, mereka dipukul ombak besar yang datang secara tiba-tiba sebelum ditarik ke tengah laut.

Mangsa dikatakan tenggelam dan hilang manakala lima rakannya dapat menyelamatkan diri.

IMG_20151207_224641Insiden tersebut disedari sekumpulan anak muda yang sedang bermain bola sepak tidak jauh dari tempat kejadian dan mereka bergegas ke pantai untuk menolong pelajar tersebut.

Menurut seorang saksi, Wan Mohd Haikal Wan Ibrahim, 23, beliau sempat menyelamatkan dua pelajar yang hampir lemas itu dengan menarik mereka ke atas sebuah batu sebelum cuba menyelamatkan beberapa lagi pelajar tersebut.

“Dua kali saya nampak dia (Mohd Saufi) tenggelam timbul dan selepas itu kelibatnya tidak kelihatan. Saya terjun untuk mencarinya tapi oleh kerana arus kuat, saya terpaksa naik awal,” katanya kepada pihak media.

IMG_20151207_224617Sehubungan itu, bapa Mohd Saufi [Gambar atas, baju biru sedang membaca surah Yasin bersama YB Hanafiah] Musket Abdul Wahab, 41,mengucapkan terima kasih kepada PAS khususnya kepada PAS Kemaman dan Haji Hanafiah Mat.

“saya ucap terima kasih kepada PAS kerana memberi pertolongan,”ujarnya dengan nada sedih.

Jenazah Allahyarham Mohd Saufi selamat dihantar ke Kota Tinggi denganvan PAS Dewan Undangan Undangan (DUN) Chukai selepas waktu Isyak, kira-kira jam 9.00 malam ini, dari rumah mayat hospital Kemaman.