Bantulah Mereka: Kembalikan Rumah dan Kegembiraan Keluarga Dengan Sumbangan Kita

1101

KUALA TERENGGANU – Tidak ada perkataan yang dapat diluahkan apabila melihat rumah tempat mereka sekeluarga berlindung dari panas hujan, sudah hanya menjadi papan-papan dan tunggul-tunggul kayu.

Siapalah lagi tempat mereka untuk bergantung harap, kecuali mengharap pertolongan dari kita semua, bagi mengembalikan sedikit kegembiraan mereka sekeluarga.

rumah2Oleh itu, Lujnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) membuat keputusan untuk membantu meringankan tekanan perasaan dahsyat kepada tiga keluarga mangsa banjir ‘luar biasa’ yang melanda daerah Kemaman baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lujnah Haji Hussin Ismail, dua buah rumah yang musnah akan dibina baru itu adalah di Kampung Air Putih dan sebuah di Kampung Seberang Tayor, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.

Beliau berkata, ketiga-tiga rumah tersebut akan dibangunkan semua secara gotong royong dengan tenaga para sukarelawan.

“Insya Allah melalui dokongan seluruh (rakyat) tuan (dan) puan yang prihatin, kita akan membangunkan semula secara gotong royong (menggunakan) tenaga sukarelawan.

“Harga sebuah dianggarkan RM25, 000 dan kami merayu semua pihak membuat kutipan sumbangan,”ujarnya.

rumah3Dalam kenyataannya yang dikeluarkan awal malam mini, Khamis 12 Disember, Haji Hussin berharap semua surau dan masjid membuat kutipan tersebut bermula Jumaat esok 13 Disember.

Beliau berkata, ketiga-tiga rumah yang musnah sepenuhnya dihanyut air bah itu akan dapat dibina semula dan dengan sokongan rakyat akan dapat mengembalikan ‘kegembiraan’ kepada tiga keluarga terbabit.

Katanya, para dermawan dan muhsinin boleh menyumbang terus ke akaun “Dana Kebajikan Terengganu” di Bank CIMB Islamic, nombor akaun 13010000056101.

“Diatas jasa baik dan sokongan serta dokongan tuan puan kami kembalikan kepada Allah, semoga dikembalikan pembalasan yang berganda, berganda InsyaAllah,”tambahnya