Bantuan Kerajaan Tidak Kunjung Tiba!

1239

Oleh: NM

DUNGUN – Belum sempat pun Ustaz Wan Hassan menghilangkan debaran selepas 30 minit mengharungi deras arus sungai Dungun, beliau terus menerima aduan, tentang derita penduduk yang tidak mendapat bantuan kerajaan setelah 12 hari dilanda banjir.

IMG-20141229-WA0086Beberapa penduduk kampung Tepus terus menerpa Ahli Parlimen Dungun itu bagi meluahkan kesusahan hidup mereka disaat musibah melanda.

Mereka berkata, tiada kelibat pemimpin kerajaan datang menjenguk apatah lagi memikul bekalan makanan untuk mereka di pusat perpindahan di Dewan Orang ramai, di kampung tersebut.

“Saya difahamkan petugas kami dah hantar bekalan sebelum ini, dan harapan saya agar semua masyarakat disini dapat dapat bersabar dalam ujian Allah ini. In sha Allah bekalan mencukupi .

“Hari ini pun kehadiran kami semua atas rasa tanggunjawab dengan kesengsaraan setelah dimaklumkan. Banyak tempat sekarang hadapi musibbah ini di Dungun. Kami sedaya upaya membantu meringankan bebanan ini.

” Yang penting keselamatan diri kita dan keluarga selamat itu perlu diberi penekanan dan jangan lupa doa kita kepada Allah.”ujar beliau

IMG-20141228-WA0121Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata demikian kepada sebahagian penduduk yang meraikan kehadiran beliau di kawasan Hulu Dungun itu pada Ahad, 27 Disember.

Beliau kemudiannya, menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga di Kampung Tepus lama, tang telah kehabisan bekalan makanan kerana jalan utama ke kampung tersebut telah terputus akibat banjir.

Kehadiran beliau ditemani Ketua Keselamatan Pas Kawasan, Ketua Ulamak Ustaz Suhaimi Daud dan Ketua Penerangan Naraza Muda serta Ketua Operasi Banjir Zon 1 Bukit Besi, Ustaz Hadi Ariffin.

IMG-20141228-WA0106Sehubungan itu Setiausaha PAS Cawangan Kampung tersebut menceritakan saat penduduk yang berada d pusat pemindahan kehabisan bekalan makanan.

Zaid Abdullah berkata, beliau menerima aduan wakil penduduk di Pusat perpindahan di Dewan serbaguna mengadu tiada bekalan makanan.

“Saya cuba sedaya upaya telipon YB Ustaz wan Hassan dan ust Hadi mintak hantar makanan segera. Mereka kata wakil rakyat umno dok mari dan dok nampok muka.

“Tiga kali doh makanan sejak air boh ni barang hok Pas hantar. Malu jugok saya nok cal ustaz sokmo. Hok ni lah saya rasa terharu dengan kepayahan ustaz mudik dengan rempuh bahaya dan risiko.” Katanya.

Menurut seorang lagi penduduk yang enggan dikenali berkata, pada 23hb lalu ada pihak Jawatankuasa Keselamtan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mengarahkan penduduk supaya menunggu di jeti sungai, kerana dimaklumkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghantar bekalan.

IMG-20141228-WA0123Tetapi sebaliknya, penduduk kampung ‘berputih mata’ kerana terpaksa pulang hampa setelah menunggu sampai ke petang.

“kami tunggu dan sehingga petang hari tiada kelibat, kami hampa dan sedih diperlaku begini.” ujarnya yang juga seoang penyokong Umno.

Seorang lagi penduduk yang terus terang mengaku beliau adalah penyokong kuat Umno sanggup menyediakan makan tengah hari kepada rombongan YB Ustaz Wan Hassan sebagai tanda terima kasih atas kehadiran wakil parlimen itu yang sanggup menempuh risiko arus banjir yang kuat, demi untuk membantu penduduk kampung tersebut.