Terengganu, Malaysia

Bantuan Banjir; PAS Kuala Terengganu Sumbang Wang, Barangan Lebih RM30,00

sumbangan PAS K Terengganu

BESUT – PAS Kawasan Kuala Terengganu melalui Khidmat Malaysia Kuala Terengganu telah menyumbang wang tunai serta barangan berjumlah lebih RM30,000 kepada mangsa banjir di Hulu Besut.

sumbangan PAS TerengganuDelegasi itu diketuai oleh Bendahari PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali dan Ketua Kebajikan PAS Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah.

Ustaz Ahmad Kamal berkata Khidmat Malaysia Kuala Terengganu bersama 15 anggotanya turun ke kawasan terjejas banjir di Hulu Terengganu.

Menurut, bencana banjir di kawasan tersebut agak teruk berbanding kawasan lain di negeri ini.

Katanya, sumbang wang tunai dan barangan itu hasil derma orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Alhsumbangan PAS K Terengganu2amdulillah, kami (PAS) telah membawa hasil sumbangan orang ramai ini untuk diagihkan kepada mereka (mangsa) yang memerlukan.

“Kami membawa amanah ini untuk membantu saudara-saudara kita yang menghadapi masalah banjir.

“Kita harap mereka bersabar dan terimalah ujian ini dengan berlapang dada dari Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan itu di Kota Putera, hari ini.

Hadir bersama itu Yang Dipertua (YDP) PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah MTD Kota Putera, Ustaz Adam Mat Said, Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajah Shamsiah Abu Bakar, Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Mohd Azrin Mohd Aris dan Ketua Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor.

petugas KT makan dapur KAMISehubungan itu, rombongan Khidmat Malaysia Kula Terengganu turut berkunjung ke ‘Dapur KAMI’ yang danjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu di Kampung Pak Siik, Keruak, Hulu Besut.

Menurut Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim, program memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kampung terbabit yang ditimpa bencana banjir minggu lalu.

“ia turut menjamu selera para petugas bantuan dari mana-mana pihak yang berkunjung dan menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan Besut,”katanya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan