KUALA LUMPUR – Lautan manusia berpakaian merah membanjiri jalan hadapan antara Dataran Merdeka dan bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2.30 petang.
Beberapa portal mencatatkan kehadiran antara 10,000 orang hingga 40,000 orang peserta yang berhimpun membantah perlaksanaan GST dan kenaikan kos sara hidup yang melampau.
Pemerhatian para wartawan dan jurugambar serta rakan media buletionline mencatat tempoh perarakan dari ‘kepala’ hingga ‘ekor’ perarakan dari masjid negara hingga ke lokasi himpunan mengambil masa lebih 30 minit dalam jarak hanya 1.1 kilometer.
Tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini atau tidak disenangi dilaporkan setakat ini.