Banjir Terengganu Terkawal

231

KUALA TERENGGANU – Banjir Monsun Timur Laut yang melanda negeri ini masih dalam keadaan terkawal dengan 587 mangsa telah dipindahkan ke 10 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuat berikutan banjir yang melanda empat daerah di negeri ini.

Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, segala persiapan menghadapi bencana telah dibuat dengan rapi sebelum ini.

“Alhamdulillah, kita telah buat persiapan secukupnya dari segi logistik dan anggota sukarelawan, mereka sedang beraksi di lapangan bagi memberi khidmat terbaik,

“semua agensi kerajaan termasuk Hidmat Malaysia Terengganu sudah ersiap semua barang-barang makan duiPangjkalan Hadapan dan sukarelawan sudah bersedia,

“kita berdoa agar banjir kali ni tidak besar,” ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.


Menurut laporan laman rasmi BilikGerakan Banjir Terengganu, di kawasan Kemaman, SK Kampung Baru Kerteh, Dewan Abdul Rahman Limbong, SK Kemasik menempatkan 278 mangsa daripada 67 keluarga.

Daerah Setiu seramai 46 orang daripada 14 keluarga di tempatkan di PPS Surau Kampung Mak Bakas, Balairaya Kampung Bukit Nenas dan SK Kasar.

Seramai 54orang daripada 18 keluarga di tempatkan di Sk Tok Jembal, SK Bukit Nenas dalam daerah Kuala Nerus.

Manakala di Kuala Terengganu seramai 54 orang daripada 18 keluarga mangsa banjir dipidahkan SK Atas Tol dan SK Chendering.

Dalam pada itu, mangsa banjir di Terengganu meningkat dengan penambahan sebanyak tujuh buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) menjadi 10 daripada tiga sebelumnya.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata, tujuh PPS itu dibuka di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu susulan banjir di beberapa tempat di daerah berkenaan.

Katanya, tujuh PPS tersebut menempatkan 313 mangsa daripada 86 keluarga.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini menempatkan seramai 21 mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga

“Manakala, seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol,” menurutknya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan bermula 9 hingga 10 Disember.

Sementara itu, di Daerah Kuala Nerus iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas masing-masing menempatkan seramai 33 dan 18 mangsa.

Manakala di Daerah Setiu terdapat tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kasar, Balairaya Kampung Bukit Nenas dan Surau Mak Bakas.

“Masing-masing menempatkan seramai 25, 13 dan 8 mangsa daripada 7, 4 dan 3 buah keluarga,” ujarnya