Banjir; PAS Seru Orang Ramai Pakat Membantu

1374

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

HULU TERENGGANU – PAS Terengganu hari ini menyeru dan merayu orang ramai yang berkelapangan untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang telah ditimpa musibah itu.

Timbalan Pesuruhjaya  1 PAS Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, musibah banjir kali ini agak teruk dan para penduduk yang terbabit mengalami kemusnahan harta benda, ditenggelami air.

“Saya bersama Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Tuan Haji Yahya Ali serta rombongan telah pergi ke Hulu Terengganu(hari ini) bagi melihat serta memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan musibah banjir kali ini,

IMG-20170104-WA0080“dan kita melihat keadaan yg cukup teruk …… banyak kemusnahan harta benda ditenggelami air, dan menurut penduduk … banjir kali ini lebih besar dari yang berlaku pada tahun lepas … banjir lumpur …. dia ( banjir ) mari mengejut ………tengah malam, orang tengah tidur ……jadi banyak barang – barang tidak sempat diselamatkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi beberaa buah rumah penduduk di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu pada Rabu, 4 Januari.

Beliau berkata, walaupun PAS bukan kerajaan yang memerintah, tapi bila berlaku sebarang bencana PAS akan berada paling terkehadapan dalam membantu rakyat.

Katanya, PAS melalui organisasi Khidmat Malaysia telah mengerahkan semua ahli-ahlinya untuk turun membantu penduduk dan telah membuka bilik operasi banjir serta merta bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.

Justeru itu, beliau berharap, seluruh masyarakat di negara ini dan rakyat Terengganu khususnya, dapat menghulurkan tangan, membantu mana-mana termampu.

“Dan saya berharap kepada sahabat-sahabat di luar sana yang tidak terlibat dengan banjir … yang diberi kelebihan kelapangan rezeki,

IMG-20170104-WA0052“marilah kita sama-sama menyumbang dalam bentuk wang ringgit dan juga barangan bagi meringankan beban penduduk yang diuji dengan banjir ini, “jelasnya

Seorang penduduk, Jusof Ali, 63, ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas keperihatinan PAS dalam membantu mangsa banjir .

“Syukur pada Allah dan terima kasih pakcik ucapkan kepada rombongan dari PAS yang sudi singgah di rumah pakcik ini,
“Alhamdulillah……. menghulurkan sedikit bantuan keperluan dapur…….ringanlah sikit beban yang pakcik tanggung ni,”kata beliau.

Lawatan pada pagi rabu itu turut disertai oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu, Dr Azman Ibrahim serta wakil media KAMI, Sazali Mohd Nor .
https://youtu.be/vanVRD8Fy14