KUALA NERUS – Banjir gelombang tengkujuh yang pertama disifatkan yang terburuk melanda Parlimen Kuala Nerus sejak tahun 2008, apabila tiga daripada empat kawasan Dewan Undangan Negerinya, Tepoh, Seberang Takir dan Dun Teluk Pasu ditenggelami air.


“DUN Tepoh kawasan di landa banjir ialah Gong Badak, Tanjung Gelam, Tok Jiring dan Bukit Nanas. Seramai 1125 mangsa terlibat dari 289 keluarga, dari Taman Desa Tanjung Damai dan Taman Desa Darul Iman di Gong Badak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sek Keb Kompleks Gong Badak.


“Di Taman Uda Murni mangsa meningkat seramai 794 orang dari 86 keluarga setakat pendaftaran jam 12 tghri 20.11.2014 bermula kenaikan air bermula lepas subuh sehingga separas pinggang. Di Sek Ren Teluk Ketapang pendaftaran mangsa sedang berjalan dan dijangka seramai 66 orang.
“DUN Teluk Pasu hanya satu kampung iaitu Bukit Petiti dilanda banjir dengan mangsa 5 keluarga seramai 27 orang dan ditempatkan sekolah rendah Bukit Petiti. Dijangka tengahari ini mereka sudah boleh pulang ke rumah masing-masing,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Taman Perumahan Uda Murni di Kampung Tok Jembal dekat sini pada Khamis, 20 November.
Turut mengiringi beliau adalah Pengarah Jawatankuasa Banjir Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.
Beliau berkata, punca banjir yang boleh dikenalpasti sepintas lalu ialah perparitan sama ada kerana laluan kecil dan sempit tidak mampu menampung air yang melimpah atau kerana tersumbat di tambah lagi tambakan tanah di taman-taman baru yang sedang berjalan.


Oleh itu beliau merayu kepada semua pihak yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan bantuan yang diperlukan setakat ini ialah selimut, kain pelikat dan makanan ringan untuk mangsa di penempatan banjir.
Menurutnya, sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada Lujnah Kebajikan Negeri Terengganu melalui akaun Dana Kebajikan Terengganu [Gambar kanan).



























