Banjir; Kerajaan BN Mungkir Janji

1520

HULU TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang masih gagal menepati janji bagi projek pembinaan tebatan banjir di negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius kepada projek tebatan banjir yang dijanjikan itu.

IMG-20170106-WA0042Ini kerana, kata beliau projek tebatan banjir yang telah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang lalu masih belum dilaksanakannya.

“Suka saya memperingatkan kerajaan supaya memberikan tumpuan serius kepada projek-projek tebatan banjir yang telah dijanjikan, tetapi sehingga kini belum disiapkan atau belum dijalankan.

“Rakyat mengharapkan perlunasan kepada janji-janji itu, bukannya hanya majlis menandatangani perjanjian atau pengumuman sahaja.

“Ini perlu ditekankan dan lebih malang apabila peringatan-peringatan itu telah lama disuarakan oleh PAS di dalam atau pun di luar sidang Dun,” ujar ketika hadir pada program ‘Dapur KAMI’ di Kampung Kepah, Telemong, di sini hari ini.

IMG-20170106-WA0044Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung mengingatkan kerajaan agar kelewatan projek infrastruktur seperti tebatan banjir itu bukan kerana faktor ketiadaan wang negeri.

Menurutnya, perancangan itu telah lama dikemukakan oleh kerajaan negeri dan rakyat perlu tahu punca kelewatan tersebut.
“Kita (PAS) mengharapkan supaya kelewatan beberapa projek infrastruktur yang dirancang untuk memberi kemudahan kepada rakyat seperti tebatan bukan disebabkan faktor kerajaan negeri tiada wang.

“Kerajaan negeri telah lama merancang idea-idea ini. Oleh itu, rakyat perlu dimaklumkan apa alasan utama kegagalan projek-projek ini dilaksanakan kerana saban tahun rakyat yang merana disebabkan banjir,” tegasnya.

Selain faktor alam, katanya kesilapan perancangan dan pembangunan negeri oleh ‘tangan-tangan’ manusia tidak boleh dikesampingkan.

IMG-20170106-WA0039Sehubungan itu, katanya PAS turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada para petugas sukarelawan Jabatan Amal, skuad banjir di bawah PAS, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun membantu mangsabanjir di negeri ini.

Menurutnya, seluruh pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan Dun-dun turun bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang teruk terjejas di daerah Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Program ‘Dapur KAMI’ adalah anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, menyediakan makanan tengahri untuk mangsa-mangsa banjir di kampong tersebut dan para petugas yang melakukan kerja-keja pembersihan.