Terengganu, Malaysia

Banjir di Kemaman Luar Jangka, Lebih Teruk Dari Tahun Lalu

banjir gong pauh

[Kemaskini] KUALA TERENGGANU – Air semakin naik di daerah Kemaman dan hampir menenggelamkan seluruh kawasan pedalaman sepanjang Sungai Kemaman hingga ke Bandar Chukai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata bandar Chukai hampir lumpuh dan rumah beliau sendiri telah dinaiki air hingga paras lutut.

“Bandar Chukai hampir lumpuh…………dok tahu nok buat apa… mohon tolong turun bantu.. ……..rumah saya sendiri air masuk paras lutut… 30 tahun tak pernah lihat banjir seteruk ini.. teruk pada tahun lepas lagi,”ujarnya ketika dihubungi.

Sementara itu Bilik Gerakan Banjir PAS Kemaman telah memohon bantuan dari dari kawasan-kawasan di luar Kemaman yang tidak dilanda banjir.

Mesyuarat tergempar yang telah diadakan pada pagi tadi memutuskan tindakan utama yang diambil pada masa kini adalah untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Pengarah Jawatankuasa Tindak Banjir PAS Kemaman Haji Zulkifli Mat yakim berkata semua logistik telah digunakan termasuk 9 buah pacuan empat roda, 2 buah bot.

“30 petugas sedang melakukan usaha dilapangan, operasi sekarang fokus kepada ‘rescue’ sahaja, paras air di balai bomba Kemaman mencecah dada,

“(malangnya) ramai penduduk yang tidak mahu keluar awal,”ujarnya

– kembali untuk update segera-

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan