Terengganu, Malaysia

Banjir; 21 Keluarga Mula Dipindahkan Di Hulu Dungun

Banjir; 21 Keluarga Mula Dipindahkan Di Hulu Dungun

Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Banjir mula melanda kawasan Hulu Dungun bermula hari ini dan sehingga Lewat petang, seramai enam keluarga daripada Kampung Pasir Raja telah dipindahkan setelah kediaman mereka mula dinaiki air.

IMG-20151228-WA0084Paras sungai di kampung tersebut mula melepasi amaran bahaya bermula jam 5 petang dan dijangkakan terus meningkat akibat hujan lebat terus melanda di kampung tersebut. Turut ditengelami air termasuk Masjid Pasir Raja.

Manakala seramai 15 keluarga daripada Kampung Shukor juga telah dipindahkan jam 6.30 petang tadi. Kebanyakan mereka yang mendiami berhampiran tebing sungai Dungun.

Setiausaha PAS Cawangan Kampung Shukor, Tengku Muhammad Tengku Muda mewakili para penduduk melahirkan kebimbangan ekoran hujan lebat yang berterusan.

“Jika hujan lebat berterusan, kami jangka malam ini lebih ramai penduduk terpaksa berpindah,”ujarnya ketika ditemui

Menurutnya, penduduk risau kejadian banjir pada tahun lalu berulang kembali dimana kedua-dua kampung, Shukor dan Kampung Raja terputus hubungan apabila jalan raya mendap dan mengalami hakisan.

IMG-20151228-WA0087“Setakat ini terdapat 10 lokasi tebing jalanraya yang runtuh kritikal menghubungkan kawasan luar dang kampung kami. Jika hujan berterusan tidak mustahil kejadian tebing runtuh seperti tahun lepas berulang kembali,”Tambah beliau.

Tinjauan yang dibuat di Kampung Kuala Jengal pula, paras air sungai berbaki hanya 0.71 meter mencecah paras amaran,menyebabkan semua penduduk dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi limpahan air dari sungai Dungun dan sungai Jengal.

“Melihat situasi hujan lebat berterusan, jangkaan kami air bakal melimpahi tebing awal pagi esok,

“Laluan ke Kampung Pelamboh telah tersekat, kami belum mendapat maklumat keadaan penduduk di sana,” jelas Setiausaha PAS Cawangan Kuala Jengal, Zemeli Abdullah.

IMG-20151228-WA0085Sehubungan itu Majlis Tindakan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah mengaktifkan Bilik Gerakan Khidmat Banjir bermula hari ini.

Bilik Gerakan ini telah dipecahkan kepada 3 zon bagi memudahkan pengurusan maklumat dan bantuan kepada mangsa banjir dalam Dun Bukit Besi.

Zon 1 meliputi Kampung Minda Talong, Batu Sawar, Tepus, Jerangau Sungai. Zon 2 meliputi Paya Lawas, Dendang, Padang Ping, Kampung Wa dan Kampung Pinang.

Manakala Zon 3 meliputi Kampung Pasir Raja, Shukor, Belimbing, Jongok Batu, Kuala Jengal, Pelamboh, Chemuak dan Rantau Panjang.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbang kepada mangsa banjir dalam DUN Bukit Besi boleh menghubungi Pengarah MTD Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman ditalian 014-8223490.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan