Banggol Donas; Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasatan

2091

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kemelut berpanjangan isu pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri berkaitan pembinaan jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda wajar deselesaikan segera.

banggoldonas03042012 030Justeru, penduduk terbabit mencadangkan agar dapat ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat projek pembinaan jalan tersebut.

Terma rujukan jawatankuasa berkenaan adalah berhubung dengan prosedur pemberian tender kerajaan, kanun tanah negara, prosedur akta pengambilan tanah 1960 serta prosedur perbelanjaan atau pengeluaran dana khas (royalti).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Salleh Embong berkata justifikasi projek tersebut dibina tanpa mematuhi prosedur Akta Pengambilan Tanah seperti mana yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

Katanya, pembinaan jalan itu tanpa membuat kajian terlebih dahulu juga seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

banggoldonas03042012 048“Pembinaan projek jalan (Banggol Tuan Muda) dimulakan di atas tanah milik persendirian yang belum diwartakan dan selepas 10 bulan pelaksanaan projek barulah diwartakan di bawah Seksyen 8.

“Kos projek pembinaan (jalan) sepanjang 7.6 kilometer sahaja (termasuk dua kilometer jalan naik taraf) bernilai RM226 juta.

“Jadi, kos purata per/kilometer ialah RM29.736 juta berbanding dengan kos projek Labuhraya Pantai Timur (LPT2) bernilai RM4.110 bilion sepanjang 184 kilometer. Jumlah kos per/kilometer ialah RM22.336 juta,” jelasnya.

Menurutnya, pihak Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas telah membuat empat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

polis gempur banggol donas1Namun, katanya yang menghairankan pada 16 Jun 2010, Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Ahmad Said telah mengumumkan jajaran tersebut diubah tetapi kontraktor terus melaksanakan projek berkenaan tanpa henti.

Persoalannya, kata Salleh, siapakah yang lebih berkuasa sama ada Menteri Besar (kerajaan) atau kontraktor dan kroni-kroni Umno.

Mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan berkata kerajaan negeri memutuskan membina jambatan baharu dari Losong ke Bukit Datu yang menghala ke persimpangan Semarak, Bukit Tunggal.

Katanya, laluan itu merupakan alternatif terbaru yang diubah dari cadangan asal pembinaan jambatan sebelum ini iaitu dari Losong melalui Pulau Sekati dan Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda.

(d)-banggol donas4“Sebelum itu, jambatan ini dibina menghubungkan Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda, sekarang kita (kerajaan) ubah laluan melalui Losong ke Bukit Datu dan terus ke persimpangan Semarak di Bukit Tunggal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbarnya selepas majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Yayasan Terengganu ke IPTA dan Swasta di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu 16 Jun 2010.

Suhakam juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah pada 11 Oktober 2010 bagi memaklumkan tentang aduan tersebut.