Ketika telah sedia tertegaknya negara Islam, kata beliau, syariat Islam telah dilaksanakan dan musuh berada di luar perbatasan negara maka kewajipan jihad menjadi fardhu kifayah.
Sebaliknya, katanya, adalah menjadi fardhu ain kepada setiap individu untuk sama-sama berganding bahu memenangkan Islam, di saat tidak wujudnya sebuah negara yang berpaksikan syariat Allah seperti di Malaysia sebagaimana sekarang, yang muncul segala macam kefasiqan dan kerosakkan yang berlaku angkara perlakuan dan tindakan kerajaan diterajui Umno
“Bebannya terpikul di atas bahu semua yang mengaku beriman termasuklah perantau. Paling penting wajib untuk setiap perantau balik mengundi demi memenangkan Islam,”ujarnya,
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Dialog Manifesto PAS Terengganu Bersama Anak-Anak Terengganu di Perantauan yang diadakan di Dewan Kolej Universiti Islam ZulkifliMuhammad (KUIZM), Taman Melewar pada Ahad 7 April.
Program yang dihadiri oleh lebih 300 peserta dari kalangan anak-anak Terengganu di sekitar Lembah Kelang dimulakan dengan pembentangan tawaran PAS Terengganu kepada rakyat sekiranya di beri mandat pada pilihanraya umum ke-13 ini.
Timbalan Pesuruhaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, hadir sebagai pembentang utama dan dibantu oleh Timbalan-timbalan Pesuruhjaya 2 dan 3, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak. Turut sama adalah Setiausaha PAS Terengganu Haji Yahaya Ali.










