Balai Bomba Sangat Diperlukan di Kuala Nerus

1840

– ADUN Tepoh Rai Bomba Sukarela Sempena Hari Bomba
KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz HishamuddinAbd Karim bersama Ahli Jawatankuasa Harian Majlis Tindakan DUN Tepoh telah meraikan Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus (PBSN) sempena Sambutan hari Bomba Sedunia.

Menurut Pembantu Khas beliau, Wan Azmi Ismail, pasukan bomba itu telah bergerak secara sukarela selama hampir 3 tahun.

“Alhamdulillah, walaupun bergerak tanpa peruntukan dan dana, Bomba Sukarela Sri Nerus menduduki kedudukan pertama terbaik seluruh Negeri Terengganu dan ke 3 seluruh Malaysia.

“Tahniah diucapkan dan semoga terus berkhidmat untuk masyarakat. Semoga dikira sebagai amal soleh,”ujarnya.

Oleh itu, katanya, YB Ustaz Hishamuddin meraikan mereka dengan makan petang di restoran NR Cafe Tok Jebal dekat sini.

Hishamuddin bomba sukarela1Seramai 12 orang anak muda bomba sukarelawan tersebut hadir dalam majlis tersebut, termasuk dua oang anggota wanita.

Sehubungan itu, Hishamuddin yang dihubungi menggesa kerajaan membina sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di Kuala Nerus kerana katanya, perkhidmatan Jabatan tersebut angat diperlukan.

Menurutnya, ia kerana pertumbuhan penempatan dan kawasan perumahan sejak 15 tahun lalu di kawasan tersebut disamping kewujudan kawasan industri serta pusat-pusat pengajian tinggi.

“apabila berlaku kebakaran di kawasan ini, tidak sempat ditangani oleh pasukan bomba dan penyelamat yang datang dari Kuala Terengganu,

“ia juga satu persiapan fizikal kearah menjadikan kawasan ini (Kuala Nerus) sebagai satu daerah baru di negeri Terengganu,”ujarnya.

Beliau turut memohon kepada pihak kerajaan supaya menambah peruntukan dan memberikan geran tahunan kepada untuk pasukan bomba sukarela sedia ada.

“anak-anak muda yang menjadi ahli bomba sukarela ini sangat bersemangat tetapi kemudahan selengkapnya dan peruntukan tidak ada,

“saya mengambil kesempatan sempena sambutan hari bomba ini menyeru kerajaan memberikan peruntukan perbelanjaan dai kerajaan negeri mungkin,

“atau barangkali peruntukan geran tahunan dari kerajaan persekutuan,”ujar beliau.