KUALA TERENGGANU – Bajet 2015 yang dibentang bersama peruntukan tambahan 2014 pada Sidang DUN pada Isnin 8 Disember mencecah hampir RM2.4 bilion, merupakan satu jumalah kewangan yang amat besar bagi perbelanjaan setahun untuk negeri Terengganu sehingga kini.
PAS menyifatkan bajet tersebut walaupun menyenaraikan pelbagai program, namun ia tidak akan kemiskinan dan bebaban hidup rakyat.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, lebih daripada RM10 bilion telah dibelanjakan sebelum ini, namun negeri Terengganu masih dalam kedudukan negeri yang ke empat termiskin di negara ini.
“Bajet 2015 yang mencecah RM2.37 bilion, dalam masa yang sama permohonan untuk bajet tambahan untuk 2014, maknanya bajet pada tahun lepas juga melebih RM2.3 bilion, jadi ia bajet yang cukup besar,
“kita tengok sejauh mana rakyat dapat merasai sebenar nikmat bajet ini sebab apa yang dikhabarkan bajet ini dari rakyat dan sejauh mana transformasi apa yang diwawarkan oleh Menteri Besar baru-baru ini,
“tetapi kita namapak, bimbang yang ianya hanya slogan sahaja. Sebab perkara ni sebenarnya telah banyak kali sebab dasar dan polisi UMNO dan Barisan Nasional ini sama dengan apa yang berlaku pada kerajaan Pusat,
“akhirnya rakyat yang terpaksa memikul bebanan dan bajet yang ada kita bimbangi tidak sampai kepada rakyat sendiri,”ujarnya
Mengulas bajet tersebut, ADUN Paka itu kesal kerana peruntukan untuk perumahan rakyat adalah terlalu sedikit berbanding dengan permohonan yang diajukan menurut maklumat dari program E-Kasih.
Katanya, tragedi kesusahan rakyat yang memerlukan rumah sehingga mereka tinggal di tandas awam, di Kampung Bijangga Dungun sepatutnya menjadi ukuran, betapakeperluan perumahan mesti diutamakan.
Katanya, kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno masih gagal menrealisasikan sumber pendapatan lain dan masih bergantung kepada hasil royalti petroleum.
Sedangkan kata beliau, isu royalti itu sendiri adalah amat penting bagi masa depan rakyat Terengganu.
“Isu yang melibatkan kepada sumber pendapatan daripada royalty, walaupun di sebut acam (samada) royalti ke, ehsan ke, dana khas ke, tetapi yang penting ia merupakan hak negeri Terengganu.
“Jangan mengganggap istilah ini mudah kerana ianya hak yang wajib dibayar. Ini bukan (untuk) zaman kita sahaja, tetapi untuk kesinambungan masa hadapan yang merupakan hak rakyat Terengganu.
“kos mengurus semakin meningkat kepada tiga peratus (tetapi) Kita tengok (melihat) juga sumber pendapatan selain dari minyak royalti, hanya dua ratus juta lebih. Maknanya di sini kalau tanpa royalti kita (negeri Terengganu) masih lagi tidak mampu untuk membayar kos pengurusan,”jelasnya.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya sumber hasil negeri selain minyak dan gas, seperti bijih besi, dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat dan bukan membelanjakannya kepada projek-projek ‘gajah putih’ seperti Taman Ilmu, Projek Pembangunan Tasik Kenyir dan Zoo Bukit Takal.
“Lebih kurang RM16 juta diperuntukan pula untuk Zoo (Bukit Takal)……….kita bimbang (ia) jadi projek ‘gajah putih’, termasuk (projek) Taman Ilmu………….kalau kita tengok, seolah-olah kerajaan terpaksa meneruskan projek-projek besar, seperti kenyir dan sebagainya,”katanya.
Justeru, PAS menggesa kerajaan menghentikan perelaksanakan projek-projek besar yang kurang mafataa, tetapi menumpukan usaha yang membawa pulangan dan dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.
“apa yang kita sudah pasti dia (bajet) akan mengguna apa saja sumber dan wang rakyat yang cukup besar ini dan sejauh mana pulangan kepada rakyat kita dan kita rasa projek-projek sebesar ini sepatutnya dihentikan lah,
“sebab ianya projek yang membazir kerana ia tidak memberi manfaat kepada kepentingan ekonomi dan rakyat negeri Terengganu,”ujarnya lagi.










