Bahan Kempen BN Ditemui Di kawasan Larangan

918

BANDAR TUN RAZAK – Calon PAS Ustaz Nazri Ahmad berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan setelah dua jam pusat-pusat mengundi dibuka.

Beliau yang ditemui oleh pihak media berkata, pengundi keluar lebih awal terutamanya kumpulan pengundi yang lebih ‘senior’.

IMG-20150505-WA0042“setakat lawatan ke beberapa pusat pengundian pagi ini, pengundian berjalan lancar dan para pengundi keluar awal (untuk membuang undi),

“terutamanya pengundi saluran satu dan saluran dua,”ujarnya di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Keratong Satu, di sini pada jam 9.50 pagi.

Menurutnya, kehadiran beliau dipusat tebabit mendapat respon yang baik oleh para pengundi.

Beliau berharap, ia akan ditermahkan kepada kertas-kertas undi.

Sementara itu, pihak kami dimaklumkan, petugas PAS telah mengesan satu dokumen bahan kempen Barisan Nasional yang telah dibawa melepasi sempadan, ke kawasan larangan berkempen.

Bahan kempen itu telah ditemui di pusat mengundi sekolah yang sama dan tindakan melaporkan kejadian tersebut telah dibuat.