Saya sempat meninjau ke Pasar Cabang Tiga, setelah beberapa orang kenalan, peniaga, dan pengunjung pasar memberitahu berlakunya ‘operasi plastik hitam’ atau penjualan nasi bungkus pada masa yang tidak sepatutnya berlaku iaitu sekitar jam 12 tengah hari.
Terdapat 2 buah kedai yang menjalankan urus niaga ini, dan secara kebetulan peniaga tersebut juga membuka gerai di bazar Ramadhan. Alasan yang biasa diberikan adalah bagi menyedia dan menyiapkan masakan yang akan dijual di bazar nanti.
“Modus Operandi mereka, pembeli akan datang untuk memaklumkan berapa bungkus yang diinginkan, lepas 5 atau 10 minit, mereka akan datang untuk mengambil bungkusan tersebut.” Kata seorang peniaga.
Berikutan kes ini, sekali lagi kami meminta jasa baik pihak Majlis Agama Islam dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada ‘geng plastik hitam’ yang amat tidak sensetif dengan kehormatan bulan Ramadhan ini.


Ini bukan kali pertama aduan dibuat. Pada tahun lepas kami juga telah membuat aduan dalam kes dan permis yang sama.
Berapa tahun sebenarnya pihak berwajib mahu menyamar dan menyiasat? Ini bukannya kes merumitkan seperti penjualan dadah oleh mafia highclass yang didalangi orang² besar.
Ini hanya kes geng plastik hitam yang sudah pun diketahui awam. Masakan bertahun-tahun masa diambil untuk mencegahnya? Jika kes ini pun pihak yang berwajib tidak mampu atasi, serahkan sahaja pemerintahan negeri untuk kami urus tadbir dengan lebih telus, berani, dan efisyen.
Khairuddin Muhamad
Ketua Penyelaras Pemuda
PAS Dun Bandar.
05 Ramadhan 1438H.





























