Assabiqun Tetap ‘Teguh Pertahan’

197

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Assabiqun, pejuang lama dalam PAS tetap teguh istiqamah, bersemangat mempertahankan kemenangan di negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umun (PRU) ke -15 nanti.

Setiausaha PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pengalaman mereka sangat penting kepada parti menghadapi situasi politik semasa.

“program Ramah Mesra ini adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli Veteran PAS.

“Rata-rata di kalangan Assabiqun sangat gembira berada dalam majlis anjuran PAS memandangkan sebahagian daripada mereka sudah keuzuran untuk bergiat sepenuh masa,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut berkata demikian ketika dihubungi, pada semalam.

Turut hadir sama ialah YDP PAS Besut , Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Timbalannya, YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Menurutnya, PAS kawasan Besut telah menghimpunkan lebih 150 orang Assabiqun yang mewakili empat DUN di Dewan Bukit Keluang Beach Resort pada 26 Mac yang lalu.

Sementara itu ,Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Hussain Awang mengingatkan semua pihak agar mematuhi keputusan pucuk pimpinan di saat-saat menghadapi pilihan raya nanti.

“Peranan Assabiqun dalam perjuangan sangat penting kerana mereka memainkan peranan dalam perjuangan sejak sekian lama.

“Dan telah menempuh pelbagai ujian, namun tetap istaqamah,” ujarnya.

Tambahnya, para hadirin turut diraikan dengan sedikit jamuan dan diberi cenderahati bagi menghargai jasa mereka selama ini.