Pegendali Twitter dengan serta merta telah menggantung akaun agensi terbabit, amun penyebaran berita berkenaan telah tersebar meluas melaui beberapa akaun Twitter lain
Rumah Putih menjadi kelam kabut dan terpaksa membuat kenyataan serta merta menafikan kejadian letupan dan menyatakan Presiden Amrika Syarikat itu dalam keadaan selamat.
Berita yang tersebar panta itu juga menyebabkan pasaran saham Amerika menjunam dengan laporan menyebut Indeks Dow Jones rugi 130 mata atau hilang 0.9% dan saham S & P 500 jatuh ebanyak 0.8%.
Khidmat berita mudah alih agensi tersebut juga turut digodam, dengan penghantaran berita palsu yang menyebut bahawa “Syrian Army elektronik adalah di sini.”
Ia tidak jelas bagaimana penggodam dapat mengawal akaun Twitter ageni berita tersebut, tetapi ia mungkin berlaku dan akaun tersebut ditembusi kerana satu kesilapan oleh pekerja agensi berita tersebut, tersalah menghantar e-mel.
Ini bukan kali pertama dakwaan palsu telah dibuat daripada akaun Twitter yang digodam di Amerika Syarikat.
Pada bulan Februari, akaun Twitter Burger King telah digodam. Ia kemudian menyebarkan berita palsu bahawa syarikat itu telah dibeli oleh McDonald.




























