ARC Turut Serta Misi Bantu Penduduk Terjejas Bekalan Air

101

Oleh : Afiq Fahmi

DUNGUN – Anak-anak muda PAS Dungun dari pasukan Kelab Permotoran Alternatif (ARC) turut menjalankan misi membantu penduduk terjejas bekalan air di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, baru-baru ini.

Ketuanya, Muhammad Irham Che Ghani berkata, ia adalah untuk meringankan para petugas yang selama ini terlibat secara langsung sepanjang berlakunya krisis berkenaan.

“seramai 20 orang petugas menyertai konvoi ini bersama dua buah kereta, satu pacuan empat roda dan sebuah lori.

“pasukan ini dipecahkan kepada dua kumpulan, l kumpulan pertama diberi tugasan untuk memasuki Kampung Lingai kerana kawasan tersebut mempunyai laluan yang agak sempit dan hanya boleh dilalui motorsikal.” ujarnya ketika ditemui semalam

Muhammad Irham Che Ghani
Oleh itu, kata beliau, anggota ARC bertindak membawa air minuman dan menghantar terus ke rumah penduduk yang memerlukan

“Manakala satu pasukan lagi menggunakan pacuan roda masuk ke Kampung Wajaf Chatur dan Maras bersama Ahli Parlimen Setiu, YB Shaharizurkirnain Abd Kadir,

“agihan barangan keperluan harian kepada penduduk yang dikenakan perintah kuarantin,” tambah beliau.

Justeru beliau berharap, lebih ramai ahli ARC dapat menyertai Misi kebajikan membantu masyarakat yang memerlukan, pada masa akan datang.

“sepatutnya penyertaan kali ini lebih ramai, namun ramai anggota yang belum lengkap suntikan dua dos vaksin,.

“Harapan kami, insyaAllah pada misi akan datang jika diperlukan kami akan hadir seramai mungkin dalam melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini.” tegasnya.