Arah Aliran Air Meningkat, PPS Rantau Abang Dijangka Bertambah

107

DUNGUN – Arah aliran paras sungai yang semakin meningkat menjadi ukuran, jangkaan beberapa kawasan pedalaman DUN Rantau Abang akan diaiki air.

Oeh itu, jumlah Pemindahan Sementara (PPS) akan bertambah berikutan banjir yang melanda dijangka menjadi lebih buruk, justeru cuaca mendung dan kadang kala hujan

Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, penduduk di kawasan berkenaan diminta bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan lecemasan.

“semua jentera kita pun dalam keadaan berjaga-jaga dan saya nasihatkan supaya mereka mematuhi arahan jika diarahkan berpindah segera berpindah tidak perlu bertangguh lagi,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga, ADUN Rantau Abang menambah, sehingga petang ini, sebanyak empat buah PPS telah dibuka.

” Sebelum ini PPS yang telah dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Balai Raya Pelandang dan Alor Mak Bah manakala yang terbaharu ialah Serdang dengan keseluruhannya sembilan keluarga,” jeasnya.