KUALA TERENGGANU – Apakah pilihan yang ada kepada rakyat Terengganu, menjelang pilihan raya kali ke-14, yang boleh dipanggil pada bila-bila masa sekarang?
Anak-anak sekolah di Jabi berjalan melalui jalan berdebu ketika musim panas ini dan bila hujan turun, kasut mereka bertukar warna, menjadi merah kerana ‘selut’.
Dr. Azman Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi berkata, sehingga kini belum ada jawapan, ke mana peruntukkan RM30 juta yang dicurahkan oleh kerajaan negeri.


Beliau yang dihubungi melahirkan sekali lagi kebimbangan, kemungkinan wang tersebut digunakan untuk ‘memancing undi’.
Telahan beliau mungkin benar jika diperhatikan kepada perkembangan di DUN lain, apabila binaan misteri dibangunkan diatas tanah rezab jalan, di beberapa lokasi di Bukit Tunggal.
Menurut siasatan yang dilakukan, bangunan bersaiz kira-kira ’20 kali 20′ itu bernilai sebanyak RM20, 000 sebuah.


Kalau dari situ, itu bermakna ia paling hampir kepada dana itu dari ‘kepala pembangunan’ dalam perbelanjaan Pejabat Daerah.
Secara tepatnya, ia mungkin sekali dari peruntukkan dana wakil rakyat.
Persoalannya, adalau, macamana wang kerajaan digunakan untuk bangunan yang tidak sah?


Maka, tegas beliau, tidak ada pilihan kepada rakyat, pada PRU14 ini, mestilah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebagaimana ‘gelojohnya’ wakil rakyat Kuala Berang mahu mendirikan mendirikan hotel dan premis perniagaan dengan melanggar peraturan, begitulah perangai Umno, di mana jua pun.


Itulah cara menghabiskan wang rakyat dan disalurkan kepada Umno cawangan ata setidaknya kepada ‘kepala-kepala’ Umno setempat.
Wang hasil royalti minyak dan hasil cukai rakyat Terengganu, akhirnya tidak mengalir kepada yang ‘hak’.





























