Apa Peranan Malaysia Menangani Isu Rohingya sebagai Pengerusi ASEAN?

5295

PAS menyatakan kekesalan atas sikap Kerajaan Malaysia yang masih lagi belum bertindak untuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya yang sedang terapung bersabung nyawa di lautan bersempadanan negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar, mereka ditindas dengan zalim oleh pemerintah di Myanmar kerana etnik Rohingya ini tidak diiktiraf sebagai warganegara tersebut.

“Akibat penindasan tersebut, mereka ingin lari menyelamatkan diri namun menjadi mangsa atas sindiket pemerdagangan manusia.
“Isu ini adalah krisis kemanusiaan yang

Penyelesaian secara kongkrit perlu dibuat dan diusahakan oleh Malaysia. Tidak guna sekiranya kita hanya mendabik dada sebagai Pengerusi ASEAN namun, masih gagal untuk menyelesaikan isu yang berlaku di sempadan negara sendiri,”dakwa Mahfuz

MahfuzApa yang lebih menyayat hati, kata beliau, kesemua mereka adalah orang Islam yang mana seagama dan seakidah.

Bahkan, katanya, mustahil bagi Malaysia yang turut mengaku sebagai negara Islam contoh di dunia ini yang mengamalkan pendekatan Wasatiyyah, masih berdiam diri atas nasib malang yang menimpa ummat Islam jiran berdekatan kita.

“Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sewajarnya bertindak segera sebadai Pengerusi ASEAN untuk mengadakan Sidang Tergempar dengan mengumpulkan kesemua ketua negara di Asia Tenggara ini,

“untuk memberikan tekanan diplomasi yang tegas kepada pemerintah junta tentera Myanmar agar menghentikan kekejaman dan kezaliman kepada ummat Islam Rohingnya di negara tersebut.

“Amat malu bagi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, apabila negara jiran iaitu Thailand memulakan usaha dengan mengadakan Mesyuarat Khas berkenaan isu ini pada 29 Mei nanti,”saran Mahfuz

Oleh itu, PAS mendesak Kerajaan Malaysia pimpinan PM Najib memandang serius isu kemanusiaan dan ummat Islam ini.

“Penyelesaian kongkrit dalam kalangan negara ASEAN amat diperlukan agar bebanan yang ditanggung dapat dipikul secara bersama. Malaysia wajar mencontohi Wilayah Acheh, yang turut membantu sekadar yang termampu walau mereka sendiri dalam kesusahan.

“Gerakan misi kemanusiaan menyelamatkan ribuan nyawa di tengah lautan itu perlulah dilancarkan segera oleh pihak kerajaan,”tambah beliau