DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat meminta kerajaan negeri menjelaskan kepada rakyat, berapakah penyusutan pendapatan hasil royalti menyak dan gas Terengganu, akibat penurunan harga minyak dunia.
“Kita diberitahu Yayasan Terengganu menghadapi masalah untuk membiayai pelajar kita dan kita harap kerajaan telus kepada rakyat ,
“Projek-projek yang kurang berfaedah, yang belum dimulakan, lebih baik dibatalkan sahaja,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu, yang diadakan di sini.pada Khamis 4 Februari.
Mesyuarat tersebut diadakan diluar kawasan, bersempena lawatan kerja sehari ke kawasan Dewan Undangan Undangan (DUN) Rantau Abang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Yayasan Terengganu sebagai sebuah badan berkanun yang telah wujud sekian lama seharusnya mempunyai rezab bagi menghadapi sebarang suasana luar jangka.
“Selaku badan yang menerajui program pendidikan peringkat negeri, Yayasan Terengganu sepatutnya ada pelan kecemasan mengelakkan para pelajar dibawah tanggungannya daripada sebarang masalah,”jelasnya.
Sementara itu, perkampungan sehari pemimpin utama PAS Terengganu itu, bermula jam 10 pagi dengan pepbagai kegiatan bersama jentera PAS dan warga Rantau Abang.
“Alhamdulillah, bagi pihak seluruh warga Rantau Abang, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pesuruhjaya, Timbalan-timbalan dan semua anggota dewan harian yang sudi ziarah kami dan warga DUN,
“dan sempat bergorong royong serta bertemu dengan para pemuda di Kampung Gong Pasir, semoga program pemimpin bersama masyarakat menjadi lonjakan kemenangan pada pioihan raya akan datang,”katanya.