Apa Nak Jadi Dengan Negeri Kita, Terengganu Darul Iman!

1595

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Negeri kita ini sepatutnya benteng orang Islam. Benteng orang melayu. Penduduk Terengganu 96.9% adalah orang Melayu Islam. Yang tertinggi di Malaysia mengatasi Kelantan.

Kerajaan Terengganu dibawah pemerintahan UMNO sepatutnya membantu pemilikan tanah oleh orang orang melayu khususnya hartanah di kawasan bandar. Jangan dibiar berulang nasib orang Melayu di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, dan Georgetown Pulau Pinang.

Tapi malangnya Kerajaan negeri pula yang jadi tukang rancang pengambilan tanah orang2 melayu. Pelupusan kampung2 dan penempatan melayu. Pembubaran tempat tempat utama yang jadi tumpuan orang orang melayu berniaga. Menjalankan kegiatan ekonomi.

Kampung Ladang Tok Pelam, Kampong Tanjung, Lorong Haji Jamil, Kampung Tiong, tapak Pasar Chabang Tiga yang cukup strategik.

IMG-20150719-WA0078 (3)Tidak cukup dengan mengambil tanah orang2 melayu dlm bandar, kerajaan bagai memejamkan mata dan tidak menganggap sebagai satu masalah keadaan di mana satu persatu tanah milik orang2 melayu dijual kepada bukan melayu.

Tiada insiatif memelihara pegangan melayu di kawasan bandar. Tak sekat penjualan tanah orang-orang melayu kepada orang asing.

Ejensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Pembangunan Keluarga yg banysk diberi tanah oleh kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh tanggungjawab mempertahankan pemilikan orang melayu.

Ini tidak, tanah YPK diserahkan kepada VST memajukan kondo untuk jualan freehold yg bernilai paling murah RM700K dan ada yg sehingga RM1.6juta seunit.

Kita bolehlah agak sendiri akhirnya yang paling ramai beli orang melayu atau cina?

Ini setentang dengan Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah lama yg jadi ikon org melayu. Sekolah yg banyak melahirkan elit pemimpin2 pelbagai peringkat di negeri Terengganu malah negara.

Saya pernah bertanya ini kepada seorang yang rapat dgn YPK, dengan bersungguh sungguh dia berkata YPK akan mendapat untung yang berlipat ganda dari projek ini!!!

IMG-20150719-WA0078 (4)Menarik sungguh bila YPK pun mula dibebankan dengan misi sebagai organisasi berasaskan keuntungan.

Apa begitu banyak syarikat milik kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan berniaga, buat pulangan keuntungan dari pelaburan negeri sudah gagal kah sehingga agensi seperti YPK pun kena lupuskan tanah untuk ‘buat untung’?

Saya ingin memohon wakil wakil rakyat PAS tolong bertanya berapa bilangan syarikat yg dimiliki Kerajaan Terengganu? Berapa banyak wang negeri telah dilaburkan? Berapa banyak tanah yg telah diperuntukkan? Banyak mana yg dicagar kepada bank?

Dalam begitu banyak berapa syarikat yang untung dan berapa syarikat yang rugi?

Saya rasa bagi rakyat Terengganu yang prihatin, boleh mulakan carian maklumat dengan membaca Laporan2 Ketua Audit Negara untuk Terengganu. Ini mudah dimuat turun terus dari internet dalam versi yg lengkap terus dari sumbernya laman Ketua Audit Negara. Kalau tak silap saya ada 4 jilid semuanya setiap tahun.

Boleh terbelalak biji mata!

****HAJI AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu. Beliau juga aktif mengenengahkan isu-isu masyarakat melalui Gerakan AnakTerengganu Insaf (GANTI)