Terengganu, Malaysia

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

MUAR – Calon PAS-Perikatan Nasional (PN) untuk (N15) Dewan Negeri Maharani, Ustaz Mohamad Anuar Hayan ialah yang terbaik dan mampu menjaga kebajikan semua kaum.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Tan Sri Annuar Musa berkata, Anuar Hayan berupaya menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Mantan ADN Cikgu Abdul Aziz Talib.

Oleh itu, beliau menyeru agar penduduk Maharani tidak mempersia-siakan peluang untuk memilih Ustaz Anuar sebagai wakil rakyat pada hari mengundi, 11 Julai nanti.

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

“Rakyat Maharani tanpa mengira kaum, parti politik, dimana sahaja anda layak mengundi marilah bersama-sama memberi dokongan yang kuat dan padu kepada Ustaz Anuar Hayan.

“Sebagai ahki ataupun bakal ADUN Maharani yang akan berkhidmat untuk rakyat di sini dan Johor, insya-Allah,” tegasnya.

Annuar Musa yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ditemui, meninjau pegetakan kempen Ustaz Anuar, di sini hari ini.

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

Sementara itu, Ustaz Anuar Hayan menjelaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk berkomunimasi dengan masyarakat setempat termasuk bertutur dalam lidah ibunda, bahasa Jawa.

“Saya memang orang Jawa Muar, dan ibu bapa saya juga orang jawa.

“Sebab itulah saya bertutur dalam bahasa Jawa apabila berjumpa dengan orang kampung, di pejabat apabila berjumpa dengan mereka yang sebangsa dengan saya,” ujarnya.

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

Justeru beliau juga menyatakan, tidak menjadi masalah kepadanya untuk bertutur pelbagai kaum yang menetap di Maharani.

“Apabila berjumpa dengan orang Jawa saya dapat bertutur dalam bahasa tersebut, jumpa orang Melayu kita cakap Melayu.

“Termasuk boleh bertutur dalam bahasa Arab dan orang putih (English), jadi saya mudah untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Anuar Hayan Calon Terbaik DUN Maharani, Mampu Jaga Kebajikan Semua Kaum

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan