Angin Kencang, Laut Bergelora

1022

KUALA TERENGGANU – Angin kencang Timur Laut 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga, Ahad, 9 November.

“Berdasarkan bacaan dari Jabatan Pengairan dan Saliran, ramalan hujan keseluruhan bagi tahun ini adalah sebanyak 3,400 milimeter dalam tempoh dari 1 Januari hingga 5 November lalu, sebanyak 2,495 milimeter hujan telah dicatat setakat ini.

“data hujan negara menunjukkan hujan purata antara satu hingga tiga milimeter setakat ini dan paras air juga dilaporkan berada pada tahap normal, “kata Pegawai merangkap Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Terengganu Roslina Ngah dalam kenyataanya semalam.

Namun begitu, tidak ada amaran banjir telah dikeluarkan setakat ini dan semua jabatan serta agensi di negeri ini dan bekalan ke kawasan yang terjejas banjir telah dimaklumkan untuk kekal bersiap sedia, katanya.