Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Aceh Mesti Tahu Membaca al-Quran

892
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/DSC_0016.jpg

Penolong Gubenur III Wilayah Aceh, Muzakar SH, MHI berkata, ia adalah syarat wajib yang mesti dipenuhi sebelum seseorang menyertai pemilihan umum (pilihanraya umum).

Beliau berkata, pemilihan umum Indonesia bagi seluruh wailayah akan diadakan pada bukan Julai tahun hadapan, tahun 2014.

“Pemilu akan diadakan pada bulan Julai tahun hadapan (2014), setiap enggota mestilah tahu membaca al-Quran,”jelasya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Taklimat dan Penerangan diantara Ketua-ketua Jabatan Pemerintah Aceh dengan rombongan Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) yang didakan di sini, pada Khamis 30 Mei. [Lihat Video]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/pertemuan%20dan%20perbincangan%20dengan%20ketua-ketua%20jabatan%20aceh1.jpgSebelum itu, pada mukaddimah majlis yang sama, Ketua delegasi KEBAP, YB Ustaz Ariffin Deraman mengucapkan terima kasih kerana pihak pemerintah Aceh sudi menerima kunjungan rombongan tersebut sebagai ‘tetamu’ wilyah Aceh.

“saya bagi pihak PAS, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada khususnya Pak Gubernur dan pegawai-pegawai Tertinggi Wilayah Aceh yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan mengadakan majlis ini,”ujar Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat.

Sehubungan itu, Pak Gubernur Muzakar mengesahkan, melalui melalui perjanjian yang telah dimeterai antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berdasarkan peruntukan undang-undang Indonesia, Aceh menerima sebanyak tujuh puluh peratus daripada hasil minnyak yang dikeluarkan oleh Indonesia dai bumi Aceh.

Selain itu, beliau berkata, undang-undang yang digubal selepas kejadian Tsunami yang melanda Aceh juga mewajibkan pemeritah pusat Indonesia menyalurkan dana sebanyak dua puluh peratus kepada wilayah ‘Serambi Mekah’ itu.

“hasil (royalti) petroleum kekal sebanyak 70% selama-lamanya dan pemerntah Indonesia wajib menyalurkan dua puluh peratus dari belanjawan Indonesia untuk diserahkan sebagai dana kepada Aceh,”jelasnya.