Anggota Amal Bersekang Mata Jayakan Misi Bantuan Air

139

DUNGUN – Anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) sanggup bersekang mata dalam menjayakan Misi Bantuan Air membantu penduduk Kuala Nerus yang terjejas.

Komandan JAM Dungun, Tarmizi Hilmi Mohamad Zuber berkata, pada jam 8.00 malam, Khamis lalu, seramai 14 anggotanya melaporkan diri di Pusat Operasi Dewan Serbaguna Kuala Nerus.

“Pukul 9. 00 malam kami turun ke lapangan, pasukan Dungun ditugaskan di Kampung Baru Gong Datuk, Taman perumahan Alur Jambu, Perumahan Maidam dan Kampung Bukit Bayas.

“Operasi berakhir 3.30 pagi, sambung balik 9. 00 pagi keesokan harinya, rehat sekejap tengahari, sambung balik selepas itu, begitu lah seterusnya. dan operasi ‘team’ Dungun berakhir pada 5.30 petang Sabtu dan kami bertolak balik selepas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Tarmizi, sebanyak 54,000 liter air telah diagihkan sepanjang tempoh tiga hari dua malam, dengan lori empat tan dan lori pikap yang dibawa dari Dungun.

“Sedangkan penggunaannya membabitkan 150, 000 unit rumah dan memang ianya tidak mencukupi,” ujarnya lagi.

Justeru itu, beliau menyeru agar orang ramai, agar menyumbangkan derma kewangan untuk menampung perbelanjaan JAM Dungun.

“sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank Jabatan Amal Malaysia Dungun yang bernombor 563091007745.” tambahnya.