Ancaman Liputan Vaksin Tinggi?

217

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Satu perkembangan baik, jaminan daripada MOSTI bahawa vaksin akan diterima dalam negara kita sebanyak Dua juta dos seminggu mulai bulan julai. Dengan itu, dalam dua bulan lebih sahaja kita boleh capai 80% liputan pemberian vaksin dalam negara.

Dengan harapan, jumlah peratusan yang tinggi pemberian vaksin itu akan menyebabkan kes COVID-19 dalam negara kita menurun dan bebanan kes yang serius serta mati juga menjunam turun.

Jadi, mulai September kita sudah pun boleh membuka ruang ekonomi dan sosial dengan lebih bebas seperti mana pelan pemulihan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. Itupun kalau kes betul-betul menurun dalam negara sehingga mencecah hanya satu atau dua digit sahaja.

Cuma perkembangan yang kurang baik adalah apabila jaminan liputan vaksinasi itu tinggi, kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diteruskan dan tiga lagi PRK yang tertangguh sebelum ini akan di adakan juga.

Tidak mustahil PRU15 juga akan di adakan dalam tempoh yang terdekat kerana suara majoriti di antara kerajaan dan pembangkang itu masih lagi samar.

PRU tidak boleh tidak perlu dilakukan bagi mencari posisi politik yang kukuh di pihak kerajaan bagi menentukan sebaik mungkin hala tuju negara.

Apabila PRU di adakan, di sinilah mengikut pengalaman yang lalu kita akan berdepan balik kenaikan kes seperti PRN Sabah tahun lalu.

Perkembangan yang sedih kerana kita mengharap . Ya betul kita mengharapkan tetapi dengan kemunculan baharu yang mempunyai keganasan mencecah kepada 50 – 90%, harapan itu akan menjadi semakin tipis

Andai kata pilihan raya terpaksa diteruskan juga, ianya mestilah mengikuti syarat-syarat ketat bagi mengurangkan seminima mungkin jangkitan di dalam komuniti.