Anak Muda Perlu Faham Perjuangan PAS

226

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Anak muda generasi hari ini perlu memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Asma’ Abdullah Pengarah Ameerah Negeri Terengganu mengatakan bahawa” dasar utama PAS adalah memperjuangkan Islam.

Beliau turut menerangkan semasa sembang santai “memperjuangkan negara di bawah pemerintahan yang ada nilai murni, mempertahankan Islam, menjaga kesucian Islam itu sendiri adalah dasar terkandung di bawah PAS.”

Beliau turut berkata “PAS wujudkan kerjasama antara parti lain demi kepentingan agama Islam, rakyat dan bumiputera yang bertindak sebagai penyelesaian antara krisis parti politik negara ini.”

“Model pemerintahan PAS adalah Kelantan memerintah lebih 30 tahun tanpa rasuah walau dianaktirikan, Terengganu berjaya lunaskan 20 manifesto walaupun baru dan Kedah mendapat pelaburan tertinggi sepanjang mentadbir” terang beliau.

Bila ditanya kenapa anak muda perlu memilih PAS beliau menyatakan “dasar PAS jelas, mahu bersihkan negara dari rasuah dan beri peluang parti Perikatan Nasional (PN) mentadbir untuk Kesejahteraan negara.”

“Mengundi adalah suatu kewajipan bukannya suatu pilihan” katanya semasa mengakhiri segmen wanita muda di studio Rhu Rendang Sejahtera.