Jabi, SETIU – Manifestasi kebangkitan orang muda DUN Jabi diserlahkan pada Program pentas pemuda sempena perasmian Karnival Kali Kedua.
Ia ditampilkan melalui gimik penyerahan borang Pemuda Istiqamah, menyatakan taat setia mereka kepada perjuangan.
Pengarah Majlis Tindqkan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, seramai 300 orang anak muda menyerahkan borang keahlian pemuda kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi.
“Ia adalah satu gambaran bagaimana kebangkitan anak-anak muda di DUN Jabi untuk bersama dengan perjuangan PAS sebenarnya berada pada satu tahap yang sangat membanggakan,


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Malam Kesenian Islam Karnival, pada Jumaat malam, 4 Ogos.
Menurutnya Karnival kali kedua DUN itu telah bermula pada hari Khamis dan berakhir pada Sabtu malam, 5 Ogos.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS itu berkata, lebih 3,600 pengundi baharu yang telah berdaftar dan akan mengundi buat kali pertama pada PRU14.


“(dari jumlah itu) lebih daripada 95% pengundi baru ni adalah daripada kalangan anak-anak muda,
“anak-anak muda yang baru nak mengundi untuk pertama kali. Biasanya mereka ini akan dicula mengikut pendirian politik orang tua mereka.
“tetapi sebenarnya kita yakin anak-anak muda ni mempunyai pendirian pilitik yang berbeza dengan orang-orang tua mereka,” tegasnya.
Dan disinilah, tambah beliau, sebenarnya terletak undi senyap yang menjadi harapan kita untuk kita melakukan suatu perubahan yang berbeza dalam PRU yang ke 14 insya Allah.
Jadi, kata beliau, apa yang cuba ditampilkan oleh Pemuda DUN Jabi sempena dengan perasmian Karnival itu adalah satu ledakan kebangkitan anak muda.


“Mereka adalah (kelompok) masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam negara,”
Beliau yakin, walaupun mungkin menerima pelbagai bentuk bantuan seperti Bakti Remaja dan sebagainya, namun mereka mempunyai satu pendirian.
“apabila sampai pada satu tahap,mereka perlu membuat satu keputusan dalam pilihanraya umum ke-14 nanti,” ujar beliau.




























