Anak Muda Bangkit Tentang Penghinaan Terhadap Nabi

178

KUALA TERENGGANU – Para Pemuda Islam di negeri ini perlu bangkit mempertahankan akidah dan menentang terhadap sebarang penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Esa Harun berkata, jangan sesekali anak muda dan orang Islam yang berpeluk tubuh ketika Nabi di hina.

“mempertahankan akidah umat Islam, maruah Rasulullah! Jika tidak ada bantahan seolah-olah kita memberi restu kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada demonstrasi aman di hadapan masjid Pengadang Baru dekat sini semalam.

Oleh itu, beliau memberi amaran kepada mereka yang tidak suka kepada Islam, jangan sentuh ‘batang tubuh’ Rasulullah.

“kami sebagai Pemuda Islam tidak pernah menghina agama kamu, kami akan berada di barisan hadapan mempertahankan nabi kami,” tegasnya.